Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang mudik pasti ke hulu, Yang hilir pasti ke muara; Orang cerdik menjadi guru, Orang pandir jadi muridnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila lancang sudah bocor, Pasti berbahaya ke laut lepas; Apabila abang berkata jujur, Pasti menjawab ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Awas-awas memasang taji, Salah pasang pasti kendur; Awas-awas berhutang budi, Salah hutang pasti hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila lidah sudah tergigit, Pasti mulut menjadi bisu; Bila cinta jadi penyakit, Pastiku ikut sejak dahulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila sampah sudah belayar, Ombak datang pasti ditempuh; Apabila iman sudah mengakar, Cubaan datang hatinya teguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka memanjat tiang, Lama-lama pasti tercampak; Siapa saja kuat berhutang, Lama-lama mati mendadak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Perahu Champa memuat tepung, Tiap senja pasti berhenti; Malu bekerja perut kosong, Gelap mata menjadi pencuri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yakin ada percaya tidak, Kerana khabar belum pasti; Berkain ada kebaya tidak, Dada berdebar menahan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jalan Haji Taha, Jual buah sekaya; Ada daya usaha, Pasti akan berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Beratlah besi daripada kayu, Siapa berbeban berasa letih; Niatku pasti akan menunggu, Walaupun tuan sudah beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| pasti (adjektif) | Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata,
terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;, | | Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian, |
|
Peribahasa |
---|
| 374 All men must die Semua orang pasti mati. Mumbang jatuh, kelapa jatuh I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal. Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mumbang jatuh, kelapa jatuh. Hanya Tuhan sahaja yang daim. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|