Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan
Kata Takrif Sumber
percaya angin lalupercaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
syakrasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dsb; menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai; tidak ~ lagi yakin benar, tentu; ~ hati kurang percaya, curiga; ~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi; ~ walang susah hati, khuatir; ~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka, bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan tercapai; mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis.Kamus Dewan Edisi Keempat
percaya1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu: Jangan lekas ~ akan percakapan orang. 2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendaki dll: Saya ~ saudara akan lulus dlm peperiksaan itu. mempercayai 1 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu: Orang dewasa yg berakal tidak ~ dongeng. 2 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu: Orang Islam yg tidak ~ Tuhan adalah murtad. mempercayakan menyerahkan dgn sepenuh keyakinan supaya dijaga dll; mengamanahkan. kepercayaan 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
percaya-mempercayaisaling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
percaya akan (kpd)yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat se­suatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur;Kamus Dewan Edisi Keempat
percaya akan (kpd)mengakui (meneri­ma, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
percaya1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu: Jangan lekas ~ akan percakapan orang. 2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendakinya dll: Saya ~ saudara akan lulus dlm peperiksaan itu. mempercayai 1 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu: Orang dewasa yg berakal tidak ~ dongeng. 2 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu: Seseorang Islam yg tidak ~ Tuhan adalah orang yg murtad. mempercayakan menyerahkan dgn sepenuh keyakinan supaya dijaga dll; mengamanahkan. kepercayaan 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan : ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~.Kamus Pelajar
mosi tidak percayaundi atau usul tidak percaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
yakinpercaya benar; tidak syak lagi: Saya ~ akan kejujuran orang itu. Saya ~ bahawa usaha kita akan berhasil akhirnya. berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh. meyakini percaya benar-benar akan sesuatu: Kami belum dpt ~ kisah yg engkau ceritakan itu. meyakinkan 1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. 2 menyebabkan atau menjadikan yakin: Keterangan drpd ketiga-tiga orang saksi ~ tuan hakim bahawa yg dituduh itu tidak bersalah. keyakinan kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. berkeyakinan mempunyai keyakinan; benar-benar percaya: Ia ~ bahawa perempuan itu sudah bersuami.Kamus Pelajar Edisi Kedua
syakperasaan kurang percaya; waswas; curiga: tidak ~ lagi yakin benar; percaya benar. mengesyaki 1 menaruh syak terhadap; berasa sangsi ttg: Jangan saudara mudah ~ sesuatu. 2 menyangka; menduga: Saya tidak ~ kamu yg melakukannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Puisi
 

Nona ada papaya tidak,
     Bunga ros duri berkait;
Benar ada percaya tidak,
     Telunjuk lurus kelingking berkait.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...