Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Bayang-bayang disangka tubuh.

Takrif

Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pecah menanti sebab, retak menanti belah.

Takrif

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan.

Takrif

Sesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Retak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah).

Takrif

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak menanti belah, b. Raga menanti pecah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia.

Takrif

Sesuatu yang sudah pasti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti batang mengkudu, dulu buah daripada bunga.

Takrif

Menyangka telah dapat memiliki sesuatu yang belum pasti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.

Takrif

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.

Takrif

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan.

Takrif

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.

Takrif

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa
374

All men must die

Semua orang pasti mati.

Mumbang jatuh, kelapa jatuh

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mumbang jatuh, kelapa jatuh. Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...