Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah ayat-ayat berikut berbeza maknanya, ataupun ada sebahagian daripada ayat-ayat berikut yang tidak masuk akal: (1) Saya suka saya. (2) Saya suka diri saya. (3) Saya suka diri saya sendiri. (4) Saya suka diri sendiri. (5) Saya sukakan saya. (6) Saya sukakan diri saya. (7) Saya sukakan diri saya sendiri. (8) Saya sukakan diri sendiri.


Ayat yang betul  adalah seperti yang berikut:

1) Saya suka akan saya.

2) Saya suka akan diri saya.

3) Saya suka akan diri saya sendiri.

4) Saya suka akan diri sendiri.

6) Saya menyukai diri saya.

Tatabahasa07.08.2022
Salam tuan, adakah 'mendakap tanganmu' diterima (sebagai penggunaan gaya bahasa puitis/puitik). Atau lafaz ini tidak masuk akal disebabkan seolah-olah 'memeluk' tangan tersebut dan bukan membawa maksud 'memegang'? Terima kasih, tuan.Wa alaikum salam,

Dari segi bahasa, konteks mendakap/memeluk tangan tidak sesuai. Penggunaan mendakap/memeluk lebih sesuai untuk tubuh manakala konteks yang sesuai ialah memegang untuk tangan. Jika hendak menggunakan gaya bahasa yang puitis untuk konteks mendakap (sastera), selalunya dipadankan dengan perkara abstrak contohnya seperti mendakap angan-angan.
Sastera19.04.2018
Salam, Saya keliru mengenai peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah justifikasi peribahasa yang membawa maksud 'membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai' ini? Terdapat teori masuk akal yang mengatakan peribahasa tersebut menggunakan perkataan 'batok' dan bukan 'batuk'. Tetapi setelah merujuk DBP, saya dapati peribahasa itu guna perkataan 'batuk'. Bagaimana terbatuk di tangga boleh membawa maksud kerja tertangguh? Mohon pencerahan. Terima kasih!Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam.Makna14.04.2014
Salam bahagia, Cikgu Awang mengatakan bahawa kata sendi nama antara menjadi penanda jamak bagi perkara yang hendak disenaraikan, maka perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Cikgu Sariyan pula mengatakan kata nama yang mengikuti kata sendi nama antara boleh digandakan bergantung pada konteks penggunaan. Pada pengamatan saya, jawapan yang kedualah yang masuk akal. Kata nama tidak perlu digandakan kerana menyatakan satu perkara sahaja: Antara faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga. Kata nama perlu digandakan kerana menyatakan lebih daripada satu perkara: Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga, kekurangan didikan agama dan moral, kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh rakan sebaya. Demi meleraikan kemusykilan bahasa ini, saya mencadangkan ayat-ayat tersebut ditulis seperti yang berikut: (a) Salah satu faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga. (b) Faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah/termasuklah kepincangan keluarga, kekurangan didikan agama dan moral, kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh rakan sebaya. Penjelasan ini berdasarkan hukum tatabahasa bahasa Melayu yang mengatakan bahawa frasa sendi nama tidak boleh berfungsi sebagai subjek. Dengan ini, diharapkan bahawa masalah tersebut dapat dileraikan. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Untuk makluman, pendapat yang diberikan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, dalam apa pun keadaan, DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan sebagai bahan rujukan. Untuk lebih jelas, mohon rujuk buku tersebut.Tatabahasa22.12.2016
Muhammad Z Nurdin THURS 21:47 Salam DBP, saya ingin memohon pencerahan tentang perkara di bawah. Mohon penjelasan yang sahih dari pihak tuan. Sekian terima kasih. William Mark Joseph Raj: *Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari* _Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi._ 1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI* Pembetulan : _HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI_ Keterangan : Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak? Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar. Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain. 2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA* Pembetulan : _MELEPASKAN BATOK DI TANGGA_ Keterangan : Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu cough dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok. Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki. Melepaskan batok di tangga bermaksud kita tak letakkKamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Untuk bacaan tambahan, lihat http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/rahman-shaari/pagar-dan-pegar-yang-makan-padi-1.342076.Lain-lain30.03.2017
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih.

Puan,

Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk

Lain-lain14.12.2010
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih.

Salam.  Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun).  Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja.  Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. 

Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman.  Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto.

Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum.  Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati.  Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti.  Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran.

Lain-lain18.11.2009
1
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,