Pantun |
Sumber |
Tema |
Sakit kepala ditimpa kayu, Makan tidur rasanya pening; Sakit hamba kerana malu, Tuan kutegur tak ambil pusing. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada malangnya membeli ternak , Makan ditengok tidur di kandang; Ada malangnya berbini banyak, Badan gemuk tinggallah tulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapur sirih bawa ke hulu, Bekal singgah ke Bukit Permata; Tidur lena makan tak lalu, Bantal basah dek air mata. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Elok belat dapatlah ikan, Ikan belanak rasanya sedap; Elok adat selamatlah badan, Makan enak tidur pun lelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Makan durian Ulu Kemaman, Bunga kerindu sangkut di dahan; Makan tak sedap tidur tak nyaman, Hatiku rindu manakan tahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak pelanduk tiga sekawan, Singgah makan buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Siang malam orang berjoget, Lupa makan tak ingat tidur; Mengenang orang hatiku sakit, Hamba datang tidak ditegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh kasap beruas panjang, Sembilunya tajam bagaikan pisau; Tidur tak lelap makan tak kenyang, Mengenang kakanda jauh di rantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| makan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan santap: menjamah, merasa, meratah membaham, mencaruk, melahap, membedal, menyental, membalun,
membantai, menggasak, menalak, mengisi perut, menyekang perut, menangsel perut, mencengam, mencekik,
muntah kedarah mengunyah, memamah, menggigit-gigit, mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah,
mematuk, mencatuk meragut, menelan, melulur menghirup, menjilat, bahau, mendahar, menyunkah,
mengganyang, menggerogot, meranggah,
2. Bersinonim dengan tembus: telap, lut, mempan, kena, ayap, masuk,
3. Dalam konteks brek bersinonim dengan mencengkam, berfungsi, berkesan, memakan,
4. Dalam konteks nasihat bersinonim dengan menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi, mentaati,
| Kata Terbitan : memakan, makanan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut.
Lihat selanjutnya... |
|