Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 


Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu
Kata Takrif Sumber
cabai Isj buah yg berasa pedas (digunakan dlm masakan), cili, lada, Capsicum spp.; ~ acung = ~ seberang = ~ selasih sj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum; ~ burung = ~ melaka = ~ rawit sj tumbuhan (herba yg buahnya kecil­kecil dan pedas rasanya), lada api (burung, cina, kecil, kerawit, ketek), cili padi, Capsicum frutescens; kecil-kecil ~ melaka = kecil-kecil ~ rawit prb sungguhpun kecil, tetapi garang (berani); siapa makan ~ dialah berasa pedas prb siapa yg ber­salah dialah yg berasa tersindir (siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung akibatnya); kecabaian berasa panas atau pijar pd tempat yg kena cabai; spt orang ~ prb tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
lada1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
1