Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membebek kambing lari ke hutan, menyalak anjing lari ke kota.

Takrif

Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.

Takrif

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,