Kata |
Takrif |
Sumber |
terkedepan | berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
depan | hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pasangan, telefonlah sahaja; kalau ingin menegurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, berhadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, bersemuka; mendepan menghadap (menghala, mengarah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya berkemban gantung sahaja dan separuh dadanya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, mengemukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya berjaga-jaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
front | in ~ of, a. in a position before, di /depan, hadapan/: a large garden in ~ of the office, sebuah taman besar di depan pejabat; b. in the presence of, di /depan, hadapan/: he swore in ~ of the children, dia menyumpah di depan budak-budak; c. ahead of, terkedepan drpd: he is in ~ of me in mathematics, dia terkedepan drpd saya dlm matematik; put /so., st /in ~ of, (fig.) mendahulukan: he put his career in ~ of everything, dia mendahulukan kerjayanya drpd segala-galanya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
avant-garde | avant-garde | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang terkedepan dan di luar kebiasaan yang dihasilkan secara inovatif dari segi teknik, bentuk dan tema. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terkedepan | [ter.ke.de.pan] | ترکدڤن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkedepan |
|
|