Kata |
Takrif |
Sumber |
jaya | 1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; berjaya beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pelajaran barulah hal rumah tangga dirancangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagal | tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhasil | 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhasil | 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhasil | 1. ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2. berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. | Kamus Pelajar |
jaya | kemenangan: menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gagal | tidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gagal | tidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya. | Kamus Pelajar |
jaya | kemenangan:menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil:Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan:Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. | Kamus Pelajar |
jadi I | 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, berlangsung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki tangan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi pertolongan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pesanan seseorang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pantai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal manusia dgn keadaan ~ mengandungi sebahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ pengerusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. menjelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menyebabkan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh kerosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (terbentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (menjadikan) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fruitful | adj 1. producing results, berhasil: our discussions have been ~, perbincangan kami berhasil; a ~ career, kerjaya yg berhasil; 2. (old-fashioned) a. bearing fruit in abundance, berbuah lebat; b. fertile, subur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
avail | n ; of /no, little/ ~, to no ~, tdk berhasil, sia-sia sahaja: efforts to save the company were of no ~, usaha-usaha utk menyelamatkan syarikat itu tdk berhasil; of what ~ is it...?, apa /gunanya, faedahnya/...?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
charm | n 1. magical formula, act, jampi, mantera, sihir; work like a ~, betul-betul berhasil: his gentle persuasion worked like a ~, pujukannya yg lembut itu betul-betul berhasil; 2. thing worn to avert evil, tangkal; 3. attractiveness, daya tarikan: the ~ of Mozarts music, daya tarikan muzik Mozart; a woman of great ~, wanita yg mempunyai daya tarikan yg hebat; 4. (in pl) sexual attractiveness, daya tarikan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go | ~ through, a. be approved, diluluskan: my application for a work permit has ~ne through, permohonan saya utk mendapatkan permit kerja telah diluluskan; b. be successfully completed, berhasil: the business deal went through, urusan perniagaan itu berhasil; ~ through st, a. penetrate st, menembusi sst: the road ~es through the mountain, jalan itu menembusi gunung; the nail went through his foot, paku itu menembusi kakinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blank | draw a ~, tdk /mencapai, mendapat, memperoleh/ apa-apa hasil, tdk berhasil sama sekali: the investigation into the kidnapping drew a ~, penyiasatan ttg penculikan itu tdk mencapai apa-apa hasil; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fruit | bear ~, a. berbuah; b. (fig.) memberi buah, /membawa, membuahkan, mendatangkan/ hasil, berhasil; be in ~, sedang berbuah; the ~s of the earth, hasil tanaman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fruitless | adj 1. bearing no fruit, tdk berbuah: 2. having no result, tdk berhasil, sia-sia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
admonition, admonishment | n 1. mild reproof, teguran: ~ can often be more productive than punishment, teguran sering lebih berhasil drpd hukuman; 2. warning, caution, peringatan: they paid little heed to the teachers ~ to be careful, mereka tdk berapa mempedulikan peringatan guru supaya berhati-hati. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cause | in the ~ of, demi: to fight in the ~ of justice, berjuang demi keadilan; lost ~, usaha yg pasti /gagal, kecewa/, usaha yg tdk berhasil; make common ~ with, menyebelahi, memihak kpd: to make common ~ with the enemy, menyebelahi musuh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fall | ~ asleep, tertidur; ~ dumb, menjadi bisu; ~ foul, clash, bertelingkah; ~ /ill, sick/, jatuh sakit; ~ on hard times, ditimpa kesusahan; ~ prey to, menjadi mangsa kpd; ~ short, a. fail to attain, tdk berhasil; (of missile) tdk mengena: our efforts have ~en short, usaha-usaha kami tdk berhasil; all the shots fell short, semua tembakan itu tdk mengena; b. be deficient, berkurangan: the food supply is ~ing short, bekalan makanan kian berkurangan; ~ short of, tdk mencapai: his results ~ short of expectations, hasilnya tdk mencapai jangkaan; ~ silent, menjadi senyap; ~ to os /lot, share/, menjadi kewajipan sso; ~ to pieces, jatuh /berkecai, berderai/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
anjir = penganjir | 1 azimat; tangkal ( yg dipakai semasa pergi berburu atau ke laut supaya berhasil): iya bisi ~ dia ada azimat; 2 berhasil mendapat buruan: iya ~ berikan dia berjaya memancing. | Iban | |
meneng | menang; 1 berjaya, berhasil, mendapat kejayaan: a ~ seneng naseng orang menang senang hati; 2 keuntungan atau ganjaran krn berjaya mengalahkan lawan, musuh, dll; 3 lulus dlm peperiksaan, beroleh hadiah dlm pertandingan, peraduan dll; | Melanau Mukah | |
belabok | jatuh; 1 turun ke bawah dgn cepat: ~ kuman daan kayou jatuh dr dahan pokok; 2 menjadi kurang, turun, merosot: rega duit telou nda ngak ~ lauih nilai wang kita belum jatuh sangat; 3 tidak berhasil, tidak lulus; 4 bankrap, muflis: wak usahasiyen ~ nulik nda | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bangas MSb | makanan atau minuman yang basi. | Penyelesaian fasal tanah yang kami duduki itu tidak berhasil. Tuntutan kami juga buntu macam apam bangas. Namun kami tidak berdiam diri. Kami berjumpa ketua daerah, minta simpati, minta belas kasihan. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nasulang Kd | gagal menuba. | Setelah kerja-kerja menuba selesai, mereka berehat dan menanti di darat selama setengah jam hingga sejam sambil memerhatikan sama ada tubaan mereka itu berhasil atau tidak. "Nasulang" ialah istilah orang-orang Kadazan bagi kerja-kerja menuba yang gagal. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb petola dan peria. Sulur paut berlingkar di sekeliling batang dan cabang tumbuh-tumbuhan atau benda lain untuk menyokong tumbuh-tumbuhan pemanjat. (BIO) tenesmus (tenesmus) Perbuatan meneran, terutama peneranan yang tidak berhasil dan menyakitkan semasa membuang air kecil atau besar. (UBAT) tenia (tenia) Sejalur tisu lembut yang pipih menyerupai cacing pipih. (UBAT) temporary pond tenia tenia coli tension failure Kamus Sains.indb
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berhasil | [ber.ha.sil] | برحاصيل |
|
Tesaurus |
---|
| hasil (kata nama) | 1. Rujuk dapat pendapatan
2. Rujuk panen
3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,
4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,
| Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil, |
|
|