Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Istilah MABBIMBahasa Sukuan v2.0Kamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahDaftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan
Kata Takrif Sumber
reaksi /réaksi/tindakan yg dibuat akibat sesuatu perbuatan atau tindakan lain (sebelumnya); tindak balas: Mereka akan bertindak sbg ~ kpd peraturan yg ketat itu.Kamus Pelajar
menanggapi1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dsb): Panitia Ejaan ber­usaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
reaksi(réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan; bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita; mereaksi Id mengadakan reaksi; pereaksi Id alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
reaksi/réaksi/ tindakan yg dibuat akibat sesuatu perbuatan atau tindakan lain (sebelumnya); tindak balas: Mereka akan bertindak sbg ~ kpd peraturan yg ketat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berantai1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai be­rangkai-rangkai (berangkaian), ber­turut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung);Kamus Dewan Edisi Keempat
reaksi berantaireaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung);Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggap Imenanggap 1. memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhati­kan sungguh-sungguh, mengecamkan; 2. ark menyuruh memainkan (pertunjukan, wayang gambar, dll) di rumah sendiri dgn membayar upahnya; 3. menangkap atau menerima dgn pan­caindera (spt melihat, mendengar, merasai, dll), mencerap; bertanggapan mempunyai tanggapan; menanggapi 1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dsb): Panitia Ejaan ber­usaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara; menanggapkan ark membayangkan atau menggambarkan dlm hati (fikiran); tanggapan 1. apa yg diterima oleh panca­indera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerap­an: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg me­nunjuk­kan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertun­jukan (wayang golek dll); penanggapan perbuatan (cara dsb) menang­gap, pencerapan; penanggap orang yg membuat tanggapan terhadap sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
rantai1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, ren­tetan, deretan memanjang, leretan: konfron­tasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar ban­­dar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai be­rangkai-rangkai (berangkaian), ber­turut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, mem­belenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki meng­hambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah di­rantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, run­tunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai.Kamus Dewan Edisi Keempat
tindak balassesuatu yg berlaku sbg akibat drpd sesuatu perbuatan atau tindakan lain; reaksi. ~ berbalik ist tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berbeza. ~ fotokimia ist tindak balas yg disebabkan oleh cahaya. ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru. ~ kondensasi ist tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar dgn menyingkirkan molekul kecil (spt air). bertindak balas berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bereaksimemberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
reaksi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan respons, tindak balas, sambutan, jawapan, balasan, maklum balas;,
Kata Terbitan : bereaksi,