Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
balasan1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balasanark balsam.Kamus Dewan Edisi Keempat
balasan1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;Kamus Dewan Edisi Keempat
balasana) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
balasan1. jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2. pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya.Kamus Pelajar
salingkata yg menunjukkan perbuatan dll yg berbalas-balasan; sama-sama: ~ membantu sama-sama menolong; bantu-membantu. menyaling (ber­tin­dak) berbalas-balasan antara satu dgn yg lain. kesalingan perihal atau keadaan berbalas-balas antara dua pihak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ganjar; mengganjar, mengganjari 1. membalas jasa dgn hadiah, menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yg telah berjasa kpd tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman: pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;mengganjarkan 1. menghadiahkan; 2. memberikan balasan; ganjaran 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jawabbalasan yg diucapkan apabila dipanggil, disoal dll; sahut: Apabila disoal, kamu hendaklah memberikan ~nya. berjawab ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. menjawab membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. jawapan apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balas I1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: keduaduanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara.Kamus Dewan Edisi Keempat
sambut; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat).Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balasan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.



Lihat selanjutnya...