Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lain orang memperanakkan, lain orang dipanggil bapa.

Takrif

Balasan yang tidak pada tempatnya; lain orang yang berbuat baik lain orang pula yang mendapat penghargaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.

Takrif

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.

Takrif

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balasan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.



Lihat selanjutnya...