Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
reader response theory | teori respons pembaca | Kesusasteraan | Tiada | Teori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan. |
late latency response (LLR) | respons pendam lewat | Sains Kesihatan | Tiada | Respons potensi teransang auditori yang terhasil setelah ransangan dimulakan selama 80 milisaat. Respons ini menggambarkan aktiviti audotori di bahadian talamus dan korteks. |
real ear aided response | respons telinga sebenar berbantu | Sains Kesihatan | Tiada | Respons tekanan bunyi sebenar dengan bantuan alat bantu pendengaran yang diukur dalam medan bebas. |
real ear occluded response | respons telinga sebenar tersumbat | Sains Kesihatan | Tiada | Respons tekanan bunyi sebenar yang diukur apabila alat bantu pendengaran dipasang. |
real ear unaided response | respons telinga sebenar teroklusi | Sains Kesihatan | Tiada | Respons tekanan bunyi sebenar tanpa bantuan alat bantu pendengaran. |
auditory brainstem response (ABR) | respons auditori batang otak | Sains Kesihatan | Tiada | Ujian yang dilakukan untuk mengukur respons saraf auditori terhadap rangsangan akustik secara objektif. |
near-field recording | rakaman medan dekat | Sains Kesihatan | Tiada | Proses merakam respons auditori dengan menggunakan elektrod yang diletakkan berhampiran dengan penghasil respons. |
interpretive community | komuniti interpretif | Kesusasteraan | Tiada | Masyarakat (komuniti) pembaca yang berkongsi konvensi penghayatan sastera. Konvensi ini mempengaruhi dan menentukan bacaan atau tafsiran seseorang ahli masyarakat berkenaan. Dalam konteks ini, respons individu terhadap teks biasanya terikat dengan respons komuniti. Menurut pengasas konsep ini, Stanley Fish, institusi akademi menjadi tonggak konvensi terhadap tafsiran dan analisis teks. Namun, interpretasi daripada komuniti akademik ini tidak semestinya sehaluan. Memandangkan ahli akademik memanfaatkan pelbagai teori, contohnya formalisme, Marxisme, dan pascastrukturalisme, penghayatan kes juga boleh bercanggah mengikut pegangan masing-masing. Hal ini memungkinkan berlakunya tafsiran yang berbeza-beza, sekali gus menghakis atau mencabar konsep komuniti interpretif. Lihat juga teori respons pembaca, ufuk harapan. |
QR code | kod QR/kod respons pantas | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |
abortifacient | abortifasien | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan kimia yang menyebabkan respons toksik oleh sistem reproduktif. |