Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
LALUAN TIMUR LAUTUMUM
LALUAN RUANG UDARAUMUM
LALUAN PENZIARAHUMUM
LALUAN BARAT LAUTUMUM
LALUAN APPIANUMUM
SUNGAI VISTULA

Sungai Vistula ialah laluan air yang penting di

kawasan timur Eropah Tengah. Sungai ini ialah

laluan yang sesak di Poland. Sungai Vistula

bermula di Pergunungan Carpathian di bahagian

selatan Poland, dan seterusnya mengalir mengikut

laluan berlingkar ke arah utara. Sungai ini

merentasi bandar Warsaw dan mengalir dalam

beberapa cawangan sebelum memasuki Laut

Baltik. Gda´nsk terletak di kuala Sungai Nogat, iaitu

cawangan sungai tersebut yang paling ke barat.

Lihat Poland (peta rupa bumi).

UMUM
PUSAT KAWALAN LALUAN UDARA

Pusat kawalan laluan udara lihat Kapal

terbang.

UMUM
KESAN CORIOLIS

Kesan Coriolis ialah kesan ketara putaran bumi

terhadap gerakan sebarang benda yang bergerak

merentasi permukaan bumi. Kesan Coriolis

amat kecil untuk dirasai atau dilihat apabila

seseorang itu berjalan kaki atau memandu sebuah

kenderaan. Tetapi ia memberi kesan yang amat

kuat terhadap laluan-laluan objek yang terbang di

udara di atas permukaan bumi.

UMUM
TEROWONG

Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong

digali menembusi bukit dan gunung dan juga di

bawah bandar serta jalan air. Terowong

menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan

landasan kereta api merentangi halangan semula

jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam

perlombongan untuk sampai ke tempat bahan

galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi.

Terowong juga digunakan untuk membekalkan

jumlah air yang banyak untuk loji kuasa

hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan

air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga

terowong digunakan untuk mengangkut sisa

sistem pembetungan.

UMUM
ORBIT

Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek

buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat.

Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk

secara khusus kepada laluan sebarang objek yang

pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek

lain. Ahli astronomi menamakan salah satu

daripada dua objek yang lebih berjisim itu

sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim

itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah

sekunder dan berpusing mengelilingi primernya,

bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang

bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal

angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau

planet lain, atau sekunder kepada bulan atau

matahari.

UMUM
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,