Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Assmk, soalan saya,bila saya akan dapat kata kunci/kata laluan.Untuk makluman tuan/puan, selepas mendaftar di laman Khidmat Nasihat DBP, anda akan diberikan kata laluan. Kata laluan tersebut akan dikirimkan ke alamat e-mel tuan/puan.Lain-lain06.05.2009
Saya memerlukan bantuan terjemahan istilah-istilah Inggeris di bawah ini:- 1. Road access (Laluan Jalan?) 2. River access (Laluan sungai?) 3. On foot (Laluan kaki?) Saya mendahului dengan ribuan terima kasih atas bantuan saudara/saudari.DBP bersetuju dengan cadangan terjemahan bagi istilah 'road access' sebagai 'laluan jalan' manakala istilah 'river access' sebagai 'laluan sungai' tetapi istilah 'on foot' lebih tepat diterjemahkan sebagai 'laluan pejalan kaki'.Penyemakan dan penterjemahan27.12.2006
DBKL dalam cadangan untuk melancarkan laluan baharu Bas GOKL di Setiawangsa. Setiap laluan diberi nama berasaskan warna. Untuk laluan baharu ini, DBKL bercadangan untuk meletakkan warna 'TURQUOISE' sebagai nama laluan tersebut. Apakah padanan yang sesuai untuk 'TURQUOISE' dalam b. Melayu? Adakah 'Biru Firus'?

Definisi : Turquoise (colour) warna firus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Firus sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, Biru Firus merupakan padanan yang sesuai untuk turquoise.


Istilah03.09.2019
Kata perintah manakah yang betul untuk digunakan untuk ayat ini; ______ beri laluan. Makanan ini panas. Tolong beri laluan atau harap beri laluan. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.

Jawapan yang betul ialah harap beli laluan.
Tatabahasa19.07.2013
Mohon penjelasan bagi ayat yang berikut 1. Tahniah kerana anda hadir ke / di sekolah 2. Laluan sekolah selamat ATAU laluan selamat sekolah 3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula1. Tahniah kerana anda hadir di sekolah, penggunaan sendi nama "di" merujuk pelajar telah sampai di sekolah.
2. Laluan selamat sekolah kerana yang diutamakan ialah laluan selamat di ikuti lokasinya, iaitu sekolah.
3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu kerana bermaksud mengulangi perbuatan "membangunkan".
Tatabahasa26.04.2012
memberi laluan kepada orang tua. memberikan laluan kepada orang tua. ayat yang mana satu betul?Memberikan laluan kepada orang tua.Lain-lain06.03.2019
Ini bagi membeli laluan kepada mesyuarat agung Atau Ini bagi memberi laluan pada mesyuarat agung?Ini bagi memberi laluan kepada mesyuarat agung. Kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad (tidak nampak).Tatabahasa23.09.2011
Para pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hati semasa menggunakan laluan yang sedang dipulih itu. munsyi, adakah laluan salah dalam ayat ini? TQLaluan bermaksud jalan yang dilalui dan penggunaannya tidak gramatis dalam ayat tersebut.Tatabahasa15.02.2012
Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui terjemahan bagi "California State Route 67". Terjemahan manakah yang betul: Laluan Negeri California 67 atau Laluan 67 Negeri California?Terjemahan yang dicadangkan ialah Laluan 67 Negeri California.Penyemakan dan penterjemahan03.02.2015
Adakah "The Path of Calligraphy" sesuai diterjemah sebagai "Laluan Kaligrafi Cina"? Terima kasih.Padanan yang sesuai untuk terjemahan perkataan The Path of Calligraphy ialah Laluan Kaligrafi sahaja. Jika keterangan dalam bahasa Inggerisnya The Path of Chinese Calligraphy barulah padanannya Laluan Kaligrafi Cina.Tatabahasa18.09.2017
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,