Kata |
Takrif |
Sumber |
kendur | 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketang I | ark tegang, erat (bkn ikatan tali atau lilitan tali pinggang), ketat atau sempit (bkn pakaian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejat | 1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku; 2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak); 3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap; mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat; pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepan II | Id, bp 1. secukup-cukup sahaja (tidak berlebih); 2. sempit, ketat; disepan 1. dihadkan (sehingga cukup sahaja); 2. diregangkan supaya tegang, menegangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terik I | 1. tidak mudah terlucut atau terbuka (ikatan), erat, kuat, teguh; 2. sempit dan mencerut (seluar dll), ketat, sempit: seluar yg ~; 3. amat sangat (panas matahari): panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala; 4. ki sukar (pekerjaan), sulit; 5. Kl tidak kendur (tali dll), tegang, sering: tali itu diregang dgn ~; menerikkan 1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keras I | 1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak): hanya tulang-tulangnya yg ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; keluli lebih ~ drpd besi; daging ini sangat ~; pakaian ~ pakaian berkanji dan berseterika; 2. dgn giat atau bersungguh-sungguh, dgn sepenuh tenaga atau usaha, dgn sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dsb): beberapa orang yg cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang; 3. dgn tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat: berpegang ~ kpd faham dan kepercayaan kuno; kemahuan yg ~; 4. tidak dgn sikap bertolak ansur (bkn bantahan, tentangan, dsb), tegas: ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu; 5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dll), ketat, sungguh-sungguh: terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 6. berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bkn tindakan dsb), tegas, tidak berkira-kira: tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yg curang; 7. dgn sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dsb): dilarang ~ masuk tanpa urusan rasmi; penonton-penonton dilarang ~ merokok; 8. membahayakan dan mungkin membawa maut (bkn penyakit), teruk, berat: terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~; 9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb), hebat: inilah tanda patik membunuh perajurit yg terlalu ~ itu; diberinya oleh raja Siam ketumbukan yg ~; terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; 10. kencang, deras (angin dll), sangat lebat (hujan): angin pun bertiup terlalu ~; gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dgn ~nya; hujan amat ~nya; 11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dll): kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kpd orang-orangnya; sesetengahnya tidur berdengkur dgn ~; 12. tidak lemah lembut atau sopan santun (bkn kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan: oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yg ~; 13. dapat memabukkan (bkn minuman spt bir, wain, wiski, dsb), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bkn rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bkn ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bkn bau), rangsang (bkn bau): kesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~; rokok ini agak ~ bagi orang yg belum biasa merokok; terlalu ~ bau gas ini; 14. ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bkn spring dsb), tegang; 15. tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu: tempat ini ~ kerana ada puaka; ~ batang leher berpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah) tegar hati, mengotot; ~ genjur keras sekali (bkn sikap, tabiat); ~ hati a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil; b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh); ~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya); ~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak); ~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku; ~ kekung (kelengkung) Kl, Tr sangat keras (spt batu); ~ keng Kl, Tr keras kepala; ~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; ~-~kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dgn pujukan dsb (bkn kemahuan, ketabahan, dsb seseorang); ~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dgn mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata); ~-makas = ~-mangkas terlalu keras (bkn buah-buahan dll); ~ mulut a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dlm perdebatan (kuat bertengkar); b) tidak mudah dikendalikan (kuda dll); ~ bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan; ~ ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan); lunak tak tersudu, ~ tak tertakik prb perkataan orang yg bijaksana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya; berkeras 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; berkeras-kerasan sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll); bersikeras berkeras, mengotot; mengeras 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras; mengerasi 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeraskerasan; mengeraskan 1. menjadikan keras (tidak lembik): ~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dll; 2. ki menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dsb), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dsb): Cikgu Hashim bertanya dgn suara yg agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati; 3. memaksa: ia ~ budak itu tinggal bersamanya; memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dll): perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat; terkeras terkuat (bkn suara, bunyi), terkasar (bkn tindakan, sikap, dll): suaranya sekali ini agak ~ sedikit; kekerasan perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; pengerasan perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dll); pengeras 1. jampi utk memperkuat diri atau utk menakutkan (memaksa, menundukkan) orang; 2. bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya; 3. alat utk mengeraskan atau menguatkan (suara dll); 4. sesuatu (spt jarum, duit syiling, dll) yg diberikan kpd tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sbg imbalan); berpengeraskan menggunakan sesuatu sbg pengeras: dgn hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kamus Sains.indb 278 7/8/08 11:48:47 AM 279 diagonal crack (retak pepenjuru) Retak yang terjadi pada bahan konkrit yang disebabkan oleh tegasan pepen- juru. Retak ini bermula pada permukaan tegang rasuk konkrit dan beransur- ansur hilang apabila melewati zon mampatan. (KEJ) diagram (gambar rajah) Perwakilan berskema yang memaparkan urutan pengendalian atau komponen yang membentuk sesuatu sistem. (KOM) dial (dail) Perihal gentian dan peniupan saput plastik. Aliran ini biasanya diiringi pengurangan keratan rentas. Sinonim elongational flow. (KEJ) tensile strain (terikan tegangan) Terikan yang disebabkan tindakan daya tegangan. (KEJ) tensile strength (kekuatan tegang) Kekuatan yang menunjukkan keupayaan bahan menanggung tegasan tegang. (KEJ) tensile stress (tegasan tegang) Tegasan yang wujud akibat peregangan bahan. (KEJ) tensile viscosity (kelikatan tegangan) Nisbah tegasan tegangan terhadap kadar pemanjangan
|
Kamus Thai 2.indb l:t] ก menyusup: คนร ้ าย ไม ่ สามารถเล็ดลอดเข ้ าประเทศมาเลเซียได ้ เพราะ มีการควบคุมอย ่ างเข ้ มงวด Penjenayah tidak dapat menyusup masuk ke Ma- laysia kerana kawalan yang ketat. เลน [le:n] น lumpur เล ่ น [len] ก bermain: เด็ก ๆ กำลังเล ่ น ฟุตบอลอยู ่ ในสนาม Budak-budak sedang bermain bola sepak di padang. เล ่ นกล empangan itu akan pecah. เล ้ า [la:w] น reban เลาะ [l] ก 1 (รอยเย็บ) menetas: ช ่ าง ตัดเย็บกำลังเลาะขากางเกงที่ คับตัวนั้ น Tukang jahit sedang menetas kaki seluar yang ketat itu. 2 ดู เลียบ เลิก [l:k] ก berhenti: สามีของฉันเลิกสูบ บุหรีแล ้ ว Suami saya sudah berhenti me rokok. เลิกล ้ ม [-lom] ดู ยกเลิก เลินเล ่ อ [lnl:] ว
|
Kamus Thai 2.indb คลี่ เสื่ อ membentangkan tikar คลี ่ คลาย [-kla:i] ก 1 meredakan: ร ั ฐบาล สามารถคลี่ คลายสถานการณ ์ ตึงเครียดในภาคใต ้ ได ้ แล ้ ว Kerajaan dapat meredakan suasana tegang di selatan Thailand. 2 menyelesaikan: ตำรวจสามารถคลี่ คลาย คดีฆาตกรรมน ั ้นได ้ Pihak polis dapat me- nyelesaikan kes pembunuhan itu. คลึง [kl] ก menggentel: เธอคลึงแป ้ ง เป็นก ้ อนแล ้ วยที่ ค ั ่นหน ั งส ื อ Dia menanda buku dengan penanda buku. คั ้ น [kan] ก memerah: ค ั ้ นกะทิ meme rah santan คับ [kap] ก ketat: รองเท ้ าคู ่ นี้ ค ั บเกินไป Kasut ini terlampau ketat. คับขัน [-kan] ว genting: ขณะนี้ เกิด เหตุการณ ์ ค ั บข ั นขึ้ น Keadaannya amat genting |
|
Tesaurus |
---|
| tegang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan regang: cekang, kejang, sering, kencang, terik, ganjat, Berantonim dengan kendur
2. Bersinonim dengan kaku: keras, liat, kejur, kejat, jegang, genjur, Berantonim dengan lembut
3. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, langsing, keras, tinggi, Berantonim dengan lunak
4. Bersinonim dengan genting: gawat, senting, berbahaya, meruncing, hangat, Berantonim dengan kendur
| Kata Terbitan : bertegang, menegangkan, ketegangan, |
|
|