Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
OAK

Oak adalah sebarang varieti pokok atau pokok

renek besar yang mengeluarkan buah oak.

Terdapat lebih daripada 600 spesies pokok oak.

Hampir kesemuanya tumbuh secara semula jadi di

Hemisfera Utara sahaja. Kebanyakan pokok ini

tumbuh terutama di Australia dikenali sebagai

oak tetapi tiada kena-mengena dengan famili oak.

UMUM
RASUK

RASUK, satu keuzuran mental dan fizikal yang dipercayai berpunca daripada gangguan kuasa luar biasa seperti hantu, polong, pelesit, hantu raya dan jembalang. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu yang kuasa ghaib boleh meresapi badan manusia dan fikiran. Seseorang yang kena rasuk atau kerasukan akan ketakutan dan terpekik-pekik meminta pertolongan. Rasuk boleh berlaku secara tiba-tiba. Hanya orang yang lemah semangat sahaja dapat dirasuk.

BUDAYAKonsep
AYAT PASIF

Ayat pasif ialah ayat yang subjeknya dikenakan perbuatan. Misalnya, dalam ayat Bola itu ditendang oleh Amin, subjek Bola itu dikenakan perbuatan ditendang. Menurut Zaba, ayat pasif dinamakan ayat bangun kena buat.

BAHASAKonsep
1
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Ada satu nama si Putung,
     Duduk di surau berbaju kurung;
Taruh umpan salah gantung,
     Tak kena ikan kena jerung.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
507

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...