Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala.

Takrif

Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.

Takrif

Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya.

Takrif

Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudu-sudu di tepi jalan (dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya).

Takrif

Orang yang cerdik atau pendekar yang tak dapat dikalahkan. sudu-sudu = tumbuhan sebangsa lidah buaya; rabas = air hujan yang ada pada daunnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ayam kena kepala.

Takrif

Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. kena kepala = kena lempar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal.

Takrif

Sindiran (jawapan) yang tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kena parang bermata dua.

Takrif

Sangat menyakitkan perasaan hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kena luluk kandang kering.

Takrif

Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kena kecipak orang berbelut.

Takrif

Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak.

Takrif

Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Ada satu nama si Putung,
     Duduk di surau berbaju kurung;
Taruh umpan salah gantung,
     Tak kena ikan kena jerung.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
507

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...