Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Selamat pagi, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata kerja pasif "kena" Adakah penggunaan kata kerja pasif "kena" boleh digunakan oleh kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga? Rujuk contoh berikut. 1. Bunga kena siram oleh saya. (Kata ganti nama pertama) 2. Bunga kena siram oleh kamu. (Kata ganti nama kedua) 3. Bunga kena siram oleh Ali. (Kata ganti nama ketiga) Ayat yang manakah betul? Sekian, terima kasih.Kata kerja pasif "kena" hadir di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Berdasarkan panduan dalam buku Tatabahasa kata pasif "kena" digunakan dalam ayat pasif dan kata ganti nama diri ketiga. Contoh: "Pencuri itu kena tangkap oleh polis" atau "Pencuri itu kena tangkap"; manakala ayat pasif diri pertama menjadi "Pencuri itu saya tangkap". Tatabahasa21.01.2022
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah iniAyat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...".Tatabahasa15.03.2017
Merujuk TD Edisi Ketiga m/s 481 . Contoh ayat 222. (a) Murid nakal itu kena rotan kelmarin. (b) Kena rotan murid nakal itu kelmarin. Contoh ayat (b) yang mendepankan predikat ' kena rotan' hanya sesuai dikatakan pendepanan frasa kerja, bukanlah pendepanan kata kerja dengan objek. Berikan pandangan tuan.Pihak kami akan membawa cadangan/pandangan ini kepada panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.Lain-lain25.03.2010
Untuk Ayat pasif berikut: Baju itu kena basuh oleh ibu. Manakah ayat aktif yang sepadan? (a)Ibu kena basuh baju itu. (b)Ibu membasuh baju itu.Ayat aktif yang betul ialah "Ibu membasuh baju itu".Tatabahasa29.10.2015
Istilah OKT merujuk kepada Orang Kena Tuduh dalam mahkamah. Apakah ianya perlu ditulis sebagai OKT ataupun O.K.T.?OKT merupakan akronim bagi Orang Kena Tuduh. Oleh itu, ia perlu ditulis OKT sahaja tanpa titik.Tatabahasa30.08.2007
Boleh berikan jawapan bagi soalan ini ? Warna langsir yang biru itu nampak kena dengan warna dinding rumahnya. Pilih perkataan berlawan bagi kena? A. Pelik C. Asing B. Ganjil D. JanggalJawapan yang paling hampir ialah janggal.Tatabahasa26.02.2015
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
assalammualaikum, maaf bertanya, saya hendak buat papan tanda kedai dan dalam syarat mpsj kena mendapatkan pengesahan ejaan untuk papan tanda kedai. jadi boleh ke berurusan secara atas talian ataupun tetap kena pergi ke pusat bahasa dan pustakaTuan boleh membuat permohonana secara dalam talian. Layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila ikuti prosedur selanjutnya melalui domain yang tersebut.Lain-lain15.05.2015
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang.Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena">kena.Tatabahasa21.10.2010
7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang diberikandibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran dapatan balik pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. Apakah padanan bagi recovery of the loan? Adakah sesuai jika dubah kepada 'pemerdapatan pinjaman'?Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi recovery of the loan ialah dapatan balik pinjaman.
Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Ada satu nama si Putung,
     Duduk di surau berbaju kurung;
Taruh umpan salah gantung,
     Tak kena ikan kena jerung.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
507

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...