Kata |
Takrif |
Sumber |
berbawaan | berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), sesuai dgn: warna kain samping ~ dgn warna bajunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawa | ; berbawaan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), sesuai dgn: warna kain samping ~ dgn warna bajunya;membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;membawakan 1. membawa utk seseorang: Salina ~ anaknya kopi dan roti; 2. menyampaikan, membaca, menyanyikan: dua tiga orang drpd mereka ~ lagu Arya Mala;terbawa 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; bawaan 1. benda yg dibawa: sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; masing-masing meletakkan ~nya; 2. harta benda yg dibawa pd masa kahwin: ~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; 3. buah tangan: setiap kali dia datang ada saja ~nya; 4. pengaruh, akibat: mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; 5. = pembawaan; 6. yg dibawa oleh: beberapa jenis penyakit ~ air dan udara; kulat patogen ~ tanah;pembawaan 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari;berpembawaan mempunyai sesuatu sifat semula jadi;pembawa 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kain dagang luar | kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kain dagang dalam | kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kain | 1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain; ~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll); ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi; ~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar kain berbentuk segi empat bujur (utk melapik tilam dll); ~ dagang dalam kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; ~ dagang luar kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; ~ kaca (Kej) kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu; ~ kembang payung kain yg dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk membalut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dicantumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala; ~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pekerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipengaruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, me-ngalih kata berhadapan prb memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg mulai baik penghidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah; berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samping II | kain sarung pendek yg dipakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai samping. | Kamus Pelajar |
samping II | sj kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (pd pakaian Melayu) dan biasa-nya dr pinggang hingga ke paras lutut sahaja; bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pd pakaian Melayu), memakai sam-ping. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samping II | kain sarung pendek yg dipakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai samping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merahap | 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menjerahap: Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu; bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rahap II | ; merahap 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menjerahap: Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu; bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ketip (kain samping) | samping | TETAW | |
sabuok I | samping: kumeng ~ kain samping; | Melanau Mukah | |
kumeng I | kain sarung; ~ batiek kain batik; ~ batiek lepaih kain batik lepas; ~ Kelaten kain batik Kelantan; ~ lugik kain songket; ~ pelikat kain pelekat; ~ selemek kain basahan; ~ tapih kain samping; ~ tenun kain tenun; ~ pesug kain bertakak, kain bersambung. | Melanau Mukah | |
tapih II | kain sarung yg dipakai sebelah luar seluar pd pakaian Melayu, samping: kumeng ~ kain sarung samping; | Melanau Mukah | |
dawek | 1 tepi, sisi, samping, bahagian luar sekali: ~ mija tepi meja; 2 sst yg dipasang di pinggir baju, kain, dll: ~ tabir tepi tabir; 3 kawasan yg di pinggir: ~ teang tepi pantai, tepi laut; 4 perbatasan, sempadan; 5 lereng, permukaan bukit yg senget, sisi gun | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
berencong MBr | kain samping. | Pakaian lelaki selalunya pakaian asli orang-orang Berunai, iaitu berpakaian baju Teluk Belanga yang diperbuat daripada kain sutera sebarang warna; berencong - daripada kain satin yang berkilat warnanya, berdastar yang diperbuat daripada kain yang disulami dengan benang-benang emas yang beraneka warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
badu sampit Bj Sm | sejenis baju (tradisi Bajau Sama) tanpa lengan yang diperbuat daripada baldu hitam dan diberi hiasan. | Badu sampit - baju yang diperbuat daripada kain baldu hitam yang juga dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna di samping butang-butang betawi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb terbenam dalam ben- dalir. Daya ini bertindak pada arah tegak, magnitudnya sama dengan berat isi padu bendalir yang disesarkan oleh objek berkenaan dan halanya berlawanan dengan hala tindakan berat. Di samping itu, daya apung melalui pusat jisim isi padu bendalir yang tersesar itu. Magnitud daya apung, F, diberikan oleh sebutan F = ρgV, dengan ρ sebagai ketumpatan bendalir berkenaan, g sebagai pecutan pembentukan asap. Rawatan ini boleh dilakukan se - cara pembalutan atau menggunakan tekanan untuk menghasilkan kesan yang lebih baik. (HUT) fire swatter (alat penepis api) Alat pemadam api yang diperbuat daripada kain dan pemegangnya daripada kayu. Alat ini digunakan sebagai pemukul api bagi memadamkan kebakaran kecil seperti rumput dan sampah sarap. (HUT) fire test (ujian api) Ujian piawaian yang digunakan bagi menentukan
|
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
|