Kata |
Takrif |
Sumber |
petola II | ; kain ~ sj kain cindai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kain petola | sj kain cindai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkurai | sl; kain (sutera) ~ sj kain cindai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kain (sutera) cengkurai | sj kain cindai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selempang | (selémpang) sesuatu yg diselendangkan dr bahu menyilang dada (sbg tanda pangkat dll): kain cindai berambu kuning, ~ kain Bugis Kembayat; berselempang memakai selempang; berselempangkan memakai sesuatu sbg selempang: petang itu dia berbaju Melayu, berkopiah putih, dan ~ kain serban di bahu; menyelempangkan mengenakan sesuatu dr bahu menyilang dada, mengenakan selempang: memakai baju Melayu dan seluar warna hitam serta berdestar, dan kainnya diselempangkan di bahunya; terselempang tersandang di bahu dan menyilang dada: senapang yg ~ di belakangnya tadi, sekarang dipegangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cindai I | 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
natar | warna dasar (pd kain), tanah kain: tatkala hamba berbaju putih diikatnya dgn cindai ~ merah; bernatarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu warna sbg natar: corak menjalar yg ~ putih tampak ceria bersama paduan daun hijau berbunga lembayung; ® latar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dodot | sj kain (drpd batik atau cindai) yg dipakai sbg pakaian istana atau dlm majlis tertentu (oleh pengantin dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapak cindai | corak selirat yg cerah (pd kain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai II | ; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampai-an tersampir, tersidai; menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; tersampai tersampir, tersidai: dia meng-hilang ke dlm bilik dan kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu; sampaian tempat menyampirkan (menyidai-kan) kain, ampaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
Puisi |
---|
|
Kapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang.
Lihat selanjutnya... |
|