Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Purata harga tahunan atau harga purata tahunan? Contoh: Purata harga tahunan/Harga purata tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 adalah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Istilah yang betul ialah purata harga tahunan - purata harga tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 ialah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Tatabahasa03.03.2014
Yang mana satu betul. lain kali/kali lain, Izini saya/ Izinkan saya, harga barang kawalan/ harga barang terkawal, hal ini kerana/ hal ini demikian kerana,berpuca pada/berpunca daripada,Ungkapan yang biasa digunakan dan sudah mantap ialah lain kali; izinkan saya; harga barang kawalan dan harga barang terkawal kedua-duanya betul.Harga barang kawalan merujuk harga jenis barang dalam kawalan.Harga barang terkawal bermaksud  harga barang tersebut dapat dikawal atau di bawah jagaan.   Tatabahasa13.05.2008
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang satu perkataan yang ingin digunakan bagi merujuk "harga jimat" bagi sesuatu buku (perkataan ini akan diletakkan di hadapan kulit buku). Adakah perkataan ini, iaitu "Harga tambah nilai" merujuk kepada harga yang jimat. Selain itu, adakah "harga tambah nilai ini" sama bagi perkataan "harga nilai tambah"? Apa yang saya faham di sini "harga tambah nilai" itu seperti sesuatu harga lain yang dibayar selain daripada harga sebenar atau mungkin saya yang keliru antara maksud itu. Mohon dibantu. Sekian, terima kasih.Harga tambah nilai dan nilai tambah merupakan istilah ekonomi.

Tambah nilai ialah perubatan menambah nilai sesuatu seperti menambah nilai kad isian semula. Manakala nilai tambah ialah sumbangan tambahan nilai ekonomu sesebuah firma yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluarannya.

Bagi konteks harga buku, perkataan harga tambah nilai dan harga nilai tambah kurang sesuai untuk menyatakan harga  yang jimat untuk buku tersebut. Kami cadangkan HARGA JIMAT NILAI HEBAT yang boleh diletakkan di hadapan kulit buku.
Tatabahasa05.03.2013
Mohon bertanya untuk ayat ini: 1. Harga bermula dari RMxxx 2. Harga bermula daripada RMxx 3. Harga dari RMxxx 4. Harga daripada RMxxx yang mana satu adalah penggunanan ayat yang betul untuk digunapakai bagi tujuan promosiPenggunaan ayat yang betul ialah Harga bermula daripada RMxxTatabahasa13.07.2018
Adakah betul padanan bagi display dalam ayat di bawah ini "pempameranan" kerana semakan kami tidak menjumpai padanan sedemikian. Bagi perkataan "menyebut harga atau disebut harga" adakah ia sepatutnya dinyatakan sebagai "menyebutkan harga atau disebutkan harga"? Adakah imbuhan "-kan" perlu ditambahkan? Display of prices or charges to include government taxes, etc. 15. (1) Where in the course of a trade or business prescribed by the Minister, any person displays, advertises, publishes or quotes or causes to be displayed, advertised, published or quoted, in any manner, the prices of any goods or charges for any services, such person shall include in such prices or charges Pempameranan harga atau caj termasuk cukai kerajaan, dsb. 15. (1) Jika dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut atau menyebabkan untuk dipamerkan, diiklankan, disiarkan atau disebut harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, mengikut apa-apa cara, orang itu hendaklah memasukkan dalam harga atau caj itu

Cadangan padanan terjemahan ialah Jika dalam keadaan apabila sesuatu perdagangan atau perniagaan yang telah ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang yang mempamerkan, mengiklankan atau menyebut atau menyebabkan dipamer, diiklan, disiar atau disebut dengan apa-apa cara, maka harga bagi  apa-apa barangan atau caj bagi mana-mana perkhidmatan, hendaklah dimasukkan dalam harga atau caj tersebut.

Untuk makluman puan, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan. Puan boleh mendapatkan khidmat Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506/0195448704 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan.

Penyemakan dan penterjemahan30.07.2021
Adakah ayat di bawah betul. A.Harga sekilogram cili ialah RM 4.50. B.Harga cili sekilogram ialah RM4.50. C.Harga cili ialah RM4.50 sekilogram.Ayat yang betul ialah: Harga sekilogram cili ialah RM 4.50; dan Harga cili ialah RM4.50 sekilogram.Tatabahasa09.10.2014
Saya beli ikan pada harga RM5.00. Pada harga atau pada?Ayat yang betul ialah: Saya membeli ikan pada harga RM5.00. Tatabahasa05.10.2021
mohon pencerahan berkenaan perkataan sebutharga atau Sebut Harga atau sebut harga?? adakah dua perkatan atau satu perkataan?Yang betul ialah sebut harga.Ejaan26.05.2014
Apakah definisi Harga Tokokan (mark-up price)?Harga tokokan boleh ditakrifkan sebagai harga (nilai) yang ditambah kepada harga kos produk atau perkhidmatan. Lain-lain01.06.2017
Mohon perhatian, mana yang betul (penulisan): Harga buku itu dua setengah ringgit. Harga buku itu dua ringgit setengah. Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Yang paling tepat ialah - Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Lain-lain23.04.2010
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.



Lihat selanjutnya...