Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Matematik Untuk SekolahBahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
pesona1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusah­kan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (si­hir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat.Kamus Dewan Edisi Keempat
memasang guna-gunamengenakan guna-guna;Kamus Dewan Edisi Keempat
guna II; guna-guna jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~; menggunai mengguna-gunai; mengguna-gunai mengenakan guna-guna (ubat pengasih) pd.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna II; guna-guna jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. mengguna-gunai mengenakan guna-guna pd.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hobat= hobatan sl jampi, guna-guna, mantera, sihir; orang ~ orang yg pandai mem­per­guna­kan jampi (guna-guna, mantera, sihir, dll); menghobatkan menjampi, memanterai.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna IIguna-guna jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. mengguna-gunai mengenakan guna-guna pd.Kamus Pelajar
cenduai Imantera (guna-guna) utk memikat hati wanita, jampi; minyak ~ minyak pengasih (guna-guna) utk memikat hati wanita.Kamus Dewan Edisi Keempat
orang hobatorang yg pandai mem­per­guna­kan jampi (guna-guna, mantera, sihir, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
guna-gunajampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
guna-gunajampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.



Lihat selanjutnya...