Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.

Takrif

Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Takrif

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis manis sepah dibuang.

Takrif

Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya.

Takrif

Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak tahu membalas guna.

Takrif

Melupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adakah duri dipertajam?

Takrif

Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju.

Takrif

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menabur (= menanam) biji di atas batu.

Takrif

Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat memakai, syarak mengata.

Takrif

Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.



Lihat selanjutnya...