Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna bercerah, Kalau tidak bercahaya lagi; Apa guna nyawa berserah, Kalau tidak belajar lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna berkaki dua, Kalau tidak berjalan lagi; Apa guna kita bersua, Kalau tidak bersembahyang lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna sayur betik, Kalau tidak menggulai keladi; Apa guna berbini cantik, Kalau hidup tidak berbudi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna berkain batik, Kalau tidak berbaju kasa; Apa guna memandang cantik, Kalau tidak berbudi bahasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.



Lihat selanjutnya...