Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Peribahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Besar tekukur seperti balam, Bila berbunyi sepadan juga; Biarpun hancur hati di dalam, Kanda pergi kulepaskan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Sentakkan kembang tengah malam, Cencang ratalah limau manis; Tidur tersentak di tengah malam, Hancur hati bagai diremas.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pulut panggang isi liat, Minum kopi di pagi hari; Hanguslah padang adik melihat, Hanguslah hati hancur sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu zuhur orang pun azan, Hati sejuk tegak pun sabar; Hati hancur mengenang tuan, Pergi merajuk tidak berkhabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana padi tidakkan gugur, Batang tertindih rumpun serai; Bagaimana hati tidakkan hancur, Sedang kasih badan bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.



Lihat selanjutnya...