Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pulut panggang isi liat, Minum kopi di pagi hari; Hanguslah padang adik melihat, Hanguslah hati hancur sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa siapa tiga terajur, Nampak mari Gunung Datuk; Hati saya sudah hancur, Kena ilmu dalam rokok.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kuda bergenta tidak, Sempuyuh di dalam padi; Bersua adik bersapa tidak, Hancur luluh di dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Layang-layang bertali benang, Benang tersangkut di dalam jati; Jangan diingat jangan dikenang, Hancur luluh di dalam hati.
1
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
159

A man is remembered by his deed

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A man is remembered by his deed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...