Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Wak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok jelatang daun berduri, Kalau disentuh rasanya bisa; Hamba berjalan berhari-hari, Orang dicari tidak berjumpa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Dayang menggulung benang, Budak-budak bermain guli; Hamba seorang duduk mengenang, Orang dikenang bukan peduli.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga.
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.



Lihat selanjutnya...