Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.

Takrif

Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.

Takrif

Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi.

Takrif

Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. sahaya = hamba.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah basah kehujanan.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah hamba diperhambakan pula, c. Sudah jatuh ditimpa tangga, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.

Takrif

Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.

Takrif

Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terjatuh dihimpit janjang.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lagi jatuh ditimpa tangga.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.Sudah basah kehujanan, b. Sudah dieban, dibela pula, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Takrif

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.



Lihat selanjutnya...