Kata |
Takrif |
Sumber |
dayang | 1. sl gadis, perawan; 2. panggilan timang-timangan utk anak-anak perempuan; 3. = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: dia tersandar di katil spt raja yg dikerumuni oleh inang dan ~; pendayangan dayang-dayang di istana; pendayang 1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. ark perempuan jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dayang | = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: Tuan puteri itu selalu saja dikerumuni ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dayang | = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: Tuan puteri itu selalu saja dikerumuni ~nya. | Kamus Pelajar |
dayang-dayang | gadis-gadis pelayan di istana: Tuan puteri itu selalu saja dikerumuni ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendayangan | dayang-dayang di istana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datuk betina | sl ketua dayang-dayang dlm istana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghibur | menyukakan atau menggembirakan hati; melipur: Dayang-dayang bernyanyi dan menari utk ~ hati tuan puteri yg sedang berdukacita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bida I | 1. singkatan bagi bidadari; 2. dayang-dayang dlm istana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hibur | menghibur menyukakan atau menggembirakan hati; melipur: Dayang-dayang bernyanyi dan menari utk ~ hati tuan puteri yg sedang berdukacita. terhibur menjadi gembira atau suka hati; terlipur (hatinya): Setelah bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya. hiburan sesuatu yg dpt menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati: Membaca buku-buku syair atau mendengar orang membaca syair menjadi suatu ~ kpd nenek moyang kita pd zaman dahulu. penghiburan hal menghibur. penghibur orang atau sesuatu yg menghibur hati; pelipur. | Kamus Pelajar |
hibur | ; berhibur berbuat sesuatu utk menggembirakan hati: Dia pergi ~ utk menghilangkan rasa sedihnya. menghibur menyukakan atau menggembirakan hati; melipur: Dayang-dayang bernyanyi dan menari utk ~ hati tuan puteri yg sedang berdukacita. terhibur menjadi gembira atau suka hati; terlipur (hatinya): Setelah bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya. hiburan sesuatu yg dpt menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati: Membaca buku-buku syair atau mendengar orang membaca syair menjadi suatu ~ kpd nenek moyang kita pd zaman dahulu. penghiburan hal atau perbuatan menghibur. penghibur orang atau sesuatu yg menghibur hati; pelipur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
handmaid(en) | n (archaic) dayang, inang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
flat character | watak pipih | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku yang peranannya tidak berkembang serta kurang kerumitan dan motivasi dalam cerita. Contohnya watak dayang dalam cerita-cerita istana. |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif. |
menora | menora | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod Pahlawan Kedah, Lakanawong Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk isteri curang, Sinrad tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong cerita cinta, Chaukrey cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru sembah guru. (b) Wrai na tret tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
si dayang | tikus (jika disebut nama, buaya akan mengganas) | - | - | - | - | - | Ganti Nama Untuk Perkara Tabu | Bajau -> Bajau Tuaran |
si dayang/tedui' | ganti nama tikus (jika disebut nama; buaya akan mengganas) | - | - | - | - | - | Ganti Nama Untuk Perkara Tabu | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
dayeng I | dayang; 1 panggilan timang-timangan anak perempuan; 2 dayang-dayang istana: lou ineang jegem lou ~ para inang dan para dayang; 3 dayangku MS. | Melanau Mukah | |
dayang | dayang. | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
jak MSr | yang (kata sendi). | Apa jak merah di leher dayang? Rantai emas oleh ayahanda dari Jawa. Baginda mengerat pula telinga Puteri Bukit Siguntang. Bertanya pula Mak Inang dalam lagunya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
merimba Ib, MSr | menebas dan menebang hutan untuk tujuan berhuma. | Akhirnya si suami dan kawan-kawannya pulang. Mereka keletihan kerana bekerja keras seharian merimba hutan. Dayang pula pura-pura demam. Dia berselimut di dalam biliknya. Si suami pun pergi ke dapur. Dia melihat suatu pun belum dimasak. Dia mendapatkan isterinya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
terugku LB | burung bubut; Centropus spp. | Dayang Lebulan lalu pergi dan menangkap seekor terugku. Dia mengikatnya lalu memberikan pada Tuked Remini. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utak-utak Bj, Sl | sejenis sanggul. | Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tok MSr | ini. | Kau mahu makan ayam tok? tanyanya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tajo Ib, MSr | tajau (sejenis tempayan besar). | Tajo-tajo yang besar itu terapung-apung di atas air. Ia ditelan oleh naga itu satu-satu. Oleh kerana terlalu banyak tajo itu ditelannya, maka naga itu pun mati lalu terggelam ke dasar laut. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaluk Ib | tempurung kelapa yang masih muda (boleh dimakan). | Oh kakak berjong kayu, adakah kakak bertemu kak Raja Rambang Ramunut, anakku mandi dengan air nyiur, anakku bertapal dengan daun nyiur, anakku bersembur dengan kaluk nyiur. Suatu hari melintaslah orang sedang berjong kayu. Puteri bongsu pun bernyanyi dari atas pokok nyiur gading. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sidak Ib, MSr | mereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama). | Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
edram MSr | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau bulat leper yang berlubang di tengah. | Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bercenaga, *bechenaga* Ib, Kh | upacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang. | Lain kali, nasihat Dayang Manis Muka, kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb เขา กำช ั บความสำค ั ญของการร ั กษาความสะอาดแก ่ คนงานของเขา Dia menekankan betapa pentingnya menjaga kebersihan kepada pekerjanya. กำนัน [kamnan] น penghulu, peng- gawa, kamnan กำนัล 1 [kamnan] น dayang กำนัล 2 [kamnan] ก menghadiahi: บริษ ั ทน ั ้นกำน ั ลลูกค ้ าด ้ วยสร ้ อยคอทองคำ Sya- rikat itu menghadiahi pelanggannya rantai leher emas. กำเนิด [kamn:t] ดู
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
dayang-dayang | [da.yang.da.yang] | دايڠ٢ |
dayang | [da.yang] | دايڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayang |
|
Puisi |
---|
|
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah.
Lihat selanjutnya... |
|