Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Permaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang Aspah anak Nualam, Mengembang ku bunga kembang tuli; Ada panasnya bertengah malam, Turun embun bertengah hari.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayang

Puisi
 

Dayang-dayang mandi menyimbur,
     Mandi menyimbur di pohon getah;
Ayuhai Cik Dayang jangan takbur,
     Sedangkan burung dapat kugetah.



Lihat selanjutnya...