Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Janganlah suka belayar senja, Senja hari banyak jembalang; Jangan cuba mengejar hamba, Hamba dah jadi milik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Janganlah suka pergi menuba, Menuba sudah dilarang orang; Janganlah juga menanti hamba, Hamba sudah dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Janganlah suka menebang kayu, Kayu di rimba banyak manfaatnya; Janganlah hamba abang rayu, Merayu hamba banyak syaratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Penat hamba membeli kain, Kain seberang mutunya rendah; Penat sahaja berjanji kahwin, Belum dipinang sudah berpisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Penat hamba mencari selasih, Selasih sudah dimakan helang; Penat sahaja menanti kekasih, Kekasih sudah dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hamba tidak ke rimba lagi, Rimba lebat di seberang; Hamba tidak berubah lagi, Bulat hati adikku seorang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau pandai abang menyimpai, Simpaikan hamba kepala tiang; Kalau pandai abang mengunkai, Ungkaikan hamba di tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tidak mencari betik, Tentu hamba pergi bermain; Kalau tidak menanti adik, Tentu hamba mencari yang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak pergi berjalan, Tentulah hamba menunggu rumah; Jikalau tidak menanti tuan, Tentulah hamba sudah menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.



Lihat selanjutnya...