Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AQRA' IBN HABIS, AL-

Aqra ibn Habis, al- ( ? 31 H. / ? 651 M.), salah

seorang daripada sahabat nabi yang baru memeluk

Islam. Nama penuhnya ialah al-Aqra ibn Habis al-

Tamimi. Dikatakan bahawa nama sebenarnya ialah

Firas, tetapi dia digelar al-Aqra (botak) kerana

kepalanya yang botak. Dia berasal dari kalangan

pemimpin Arab di zaman jahiliyyah, pernah

menyertai pembukaan Kota Makkah dan Perang

Hunayn, serta pernah menyertai peristiwa

pengepungan Taif.

UMUM
KUASA AIR

Kuasa air ialah sumber tenaga yang bernilai.

Apabila bahan api seperti batu arang, minyak, dan

bahan api nuklear telah dibakar sebagai sumber

tenaga, ia tidak boleh digunakan semula. Tetapi air

yang digunakan sebagai sumber tenaga tidak habis

digunakan. Air yang mengalir berterusan di bumi

boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan tenaga

mekanikal dan tenaga elektrik yang berguna.

UMUM
SEL BAHAN API

Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan

elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu

bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api

dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada

dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik

berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik

terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara

yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri

adalah bahan api dan pengoksida dan habis

digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel

bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah

dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah.

UMUM
RUTH, BABERuth, Babe (18951948) ialah pemukul larian

habis yang pertama dan hebat dalam sejarah

besbol Amerika.

UMUMUmum
1
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,

Puisi
 

Habis bayam disusur babi,
     Banyak mati terkena damak;
Ayam jangan bebaskan diri,
     Biawak tunggu di tepi semak.



Lihat selanjutnya...