SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHabis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHabis benang buah belimbing, Dari sepungpung masak sebiji; Darilah mana baju kuning, Di kampung kamek payah cari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang mengail umpan keridik, Habis umpan berganti daun; Orang bermain sesama cerdik, Habis bulan berganti tahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSatu hari tidak ke ladang, Habis kangkung dililit padi; Satu hari tidak kupandang, Habis jantung diremuk hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau bertumbuh di tepi tebat, Tanam halia habis layu; Harimau mengambur serta melompat, Habis kera panjat kayu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak bulan tiada pohon, Anak kubis tepi sempadan; Habis bulan berganti tahun, Sudah habis nyawa di badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadi habis makan di jukuk, Bawa dari tanah seberang; Adik datang mengapa tunduk, Tak sudikah adik melihat abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap pada jerami, Habis padi jerami dibuang; Apa diharap kepada kami, Muka buruk budi kurang. |
|
Tesaurus |
---|
| habis | 1. Bersinonim dengan kesemuanya ( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, ) (adverba:)
2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya ( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, ) (adverba:)
3. Bersinonim dengan siap ( selesai, beres, tamat, berakhir, ) (kata kerja:)
4. Bersinonim dengan paling ( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, ) (kata tugas:)
5. Bersinonim dengan selepas ( sesudah, setelah, ) (kata tugas:)
6. Bersinonim dengan jadi ( kalau begitu, maka, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan, |
|
Puisi |
---|
|
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 415 Don't make a mountain out of a molehill Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius). Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. ''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said. ''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|