Kata |
Takrif |
Sumber |
am | secara keseluruhan atau hampir seluruhnya; umum; tidak khas: pengetahuan ~ pengetahuan ttg berbagai-bagai perkara. | Kamus Pelajar |
arah | 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): perancangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Perkhidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm menasihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sediakanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
peritomy | peritomi | Perubatan | Tiada | Insisi hampir keseluruhan tisu konjunktiva dan subkonjunktiva di sekeliling kornea, yang biasanya digunakan sebagai suatu kaedah untuk mengeluarkan biji mata. |
parallel extinction | pemadaman selari | Geologi | Tiada | Penyerapan hampir keseluruhan cahaya yang merambat dalam hablur anisotrop pada arah yang selari dengan garis bentuk hablur atau surihan satah ira. |
skimmed milk | susu skim | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Susu yang diperoleh dengan mengeluarkan hampir keseluruhan lemak yang terkandung dalam susu segar. Susu skim hendaklah tidak mengandungi lebih daripada 0.5% lemak susu dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 8.5% pepejal susu bukan lemak. |
atomic nucleus | nukleus atom | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian tengah atom yang bercas positif dan mempunyai hampir keseluruhan jisim atom tetapi mewakili isi padu yang kecil. |
voluntary muscle | otot voluntari | Perubatan | Tiada | Sebarang otot yang dapat dikawal oleh kemahuan atau akal. Hampir keseluruhan otot ini terdiri daripada otot jalur. |
atomic nucleus | nukleus atom | Kimia | Tiada | Pusat atom yang bercas positif dan terdiri daripada proton dan neutron (kecuali hidrogen yang hanya mempunyai satu proton). Hampir keseluruhan jisim atom tertumpu pada nukleus walaupun jisim ini Cuma memenuhi isi padu yang kecil. Kewujudan nukleus atom mula dicadangkan oleh Rutherford daripada keputusan uji kaji penyerakan zarah alfa. |
enzyme | enzim | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Protein yang dihasilkan oleh tisu hidup dalam tumbuhan dan haiwan, yang memangkinkan tindak balas biokimia. Enzim diperlukan untuk hampir keseluruhan aktiviti sel dan memerlukan koenzim untuk berfungsi. Enzim lazimnya dinamakan dengan menambah ase di bahagian hujung nama sebatian yang bertindak balas dengannya. |
Microcos tomentosa | Cenderai | Pertanian | Tiada | Pokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda hijau dan yang masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis. |
Microcos tomentosa | cenderai | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperang-perangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperang-perangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputih-putihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis. |
aqd tawthiq | akad bertulis | Perniagaan Islam | Tiada | Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad. Contohnya, akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian. |
Kamus Sains.indb daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bin- tang, dengan nod pusat bertugas sebagai penyambung rangkaian dan sebagai pemproses mesej dalam rangkaian. Kegagalan nod pusat akan menggagalkan keseluruhan sistem. (KOM) active transport (pengangkutan aktif) Pergerakan masuk ion atau bahan larut lain dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi melalui membran sel. Tenaga untuk melak- sanakan pengangkutan aktif dan anak panah digunakan untuk menunjukkan kekangan atau mekanisme yang digunakan. Singkatan actigram. (KOM) activity ratio (nisbah keaktifan) 1. Nisbah jumlah rekod dalam fail yang mempunyai keaktifan berbanding dengan jumlah keseluruhan rekod dalam fail. 2. Nisbah jumlah kerja dalam suatu masa bagi projek perkakasan atau peri- sian. (KOM) actomyosin (aktomiosin) Sejenis kompleks protein pada otot yang terhasil melalui penggabungan pro- tein
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd kekunci bersaiz antara 8 hingga 128 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 18 kitaran penyulitan. RC2 digunakan sebagai kaedah alternatif kepada algoritma DES untuk penyulitan umum dan hampir tiga kali lebih laju daripada DES. Algoritma RC4 pula ialah sifer alir yang menggunakan kekunci bersaiz antara 40 bit hingga 256 bit. Algoritma ini digunakan untuk SSL dan protokol penyulitan ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan. aset komputer (Ig. computer asset) Perkakasan, perisian, data, media dan pengguna yang terlibat dalam pengendalian sebuah sistem komputer atau prasarana pengkomputeran organisasi. atur cara jahat (Ig. Rogue program; Br. atur
|
Kamus Thai 2.indb จวก [cuak] ก mencangkul: ชาวบ ้ านกำลัง จวกดินเพื่ อปลูกแตงโม Orang kampung se dang mencangkul tanah untuk mena nam tembikai. จวน 1 [cuan] น kediaman rasmi gabenor จวน 2 [cuan] ว hampir: คณะทูตลาวจวนถึง สะพานแม ่ น้ำโขงแล ้ ว Rombongan Duta Laos sudah hampir sampai di jam batan Mekong. จวนเจียน [-cian] ว nyaris-nyaris, hampir-hampir: ตาของเขาจวนเจียนบอด เพราะถูกสะเก็ดดอกไม ้ ไฟ Matanya nyaris- nyaris buta kerana terkena percikan bunga api. จวนตัว [-tua] ว terdesak, terhimpit
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kelenjar peluh | sweat gland | Kelenjar yang merembeskan peluh. Kelenjar ini terdapat pada hampir keseluruhan permukaan badan manusia dan primat peringkat tinggi, tetapi amat kurang pada mamalia lain. | Menengah Rendah |
pempasteuran | pasteurization | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskannya dalam suhu yang tertentu bagi membunuh hampir keseluruhan bakteria dan diikuti oleh penyejukan dalam suhu yang tertentu. Contohnya, yogurt dan susu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| hampir (adverba) | 1. Dalam konteks jarak bersinonim dengan dekat, rapat, Berantonim dengan jauh
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,
| Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran, |
|
|