Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa Inggeris
Kata Takrif Sumber
segalanyatermasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir;Kamus Dewan Edisi Keempat
sekelilingsegalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
keseoranganterasing seorang diri, tinggal se­orang diri, kesunyian: dia betul-betul ~ jauh dr segalanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
tertib2 mengikut peraturan atau susunan yg telah ditetapkan; teratur dgn rapinya: Segalanya telah berjalan dgn ~. Susun angka-angka ini mengikut ~ nilainya.Kamus Pelajar
tertib1 peraturan yg baik yg patut diturut. 2 mengikut peraturan atau susunan yg telah ditetapkan; teratur dgn rapinya: Segalanya telah berjalan dgn ~. Susun angka ini mengikut ~ nilainya. 3 dgn sopan santun; dgn majlis: Pemuda itu sangat ~ kelakuannya. ~ nikah peraturan dlm nikah. ~ sembahyang peraturan dlm sembahyang. bertertib 1 mengikut peraturan yg ditentukan; teratur. 2 sopan atau santun kelakuan­nya. menertibkan menjadikan tertib; merapikan. ketertiban 1 peraturan dlm masyarakat dll. 2 kelakuan yg baik; kesopanan. 3 keadaan atau hal tertib. penertiban perbuatan atau hal menertibkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
habis1. tidak ada yg tinggal lagi (kerana sudah digunakan, dibuang, dimakan, dimusnahkan, dll): ~ sudah wang simpananku; sisa makan­an itu ~ dimakan kucing; barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya; 2. ke­semuanya (segalanya, sekaliannya, kese­lu­ruhannya): memasak makanan akan me­nyebab­kan kuman pd makanan yg mentah itu ~ mati; kalau aku tidak datang nanti budak-budak ~ pulang; 3. banyak bahagian­nya, sebahagian besarnya, hampir keseluruh­an­nya: baju ini ~ dimakan gegat; pondok itu ~ bocor atapnya; 4. digunakan, ditumpu­kan, dibelanjakan, diperlukan (bkn wang, masa, dll yg digunakan, dibelanjakan, diperlu­kan, dll utk sesuatu): sepertiga drpd waktu yg ditetapkan ~ utk ucapan pembukaan sahaja; separuh drpd wang gajinya ~ utk membayar hutang; 5. selesai (siap, sudah), berakhir, tamat: sebentar lagi ~(lah) kerjaku ini; pertunjukan pertama sudah ~; 6. paling, (yg) ter...: darjah yg ~ tinggi di sekolah itu ialah darjah sembilan; inilah bangunan yg ~ tinggi dlm bandar ini; 7. jadi (jadinya), kalau begitu (tidak begitu) maka ...: ~, mengapa ia berhenti kerja?; ~, sampai bila kita boleh tahan hidup begini; 8. selepas, setelah, sesudah itu (dlm pertan­yaan): ~ makan ia keluar; ~ apa yg terjadi? 9. (apa hendak dikatakan) kerana: ~ selalu di­herdik, itu­lah ia lari; ~ akal bingung (tidak tahu apa yg hendak dilakukan atau dikatakan lagi), putus akal; ~ awak Kl sangat (paling) memuaskan; ~ bulan a) akhir (hujung) bulan (hari gaji); b) awal bulan yg berikut; ~ dibahagi Id dapat dibahagi dgn tidak berbaki; ~ kemelak Kl puas berikhtiar (membuat atau mencari sesuatu); ~ lauk Kl tidak berfaedah (bercakap dgn orang bodoh dll); ~ licin habis sama sekali (segala-galanya); ~ modal a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); ~ perkara sudah selesai (tidak perlu diper­katakan, dibincangkan, disebut-sebut lagi); ~ sut Kl tinggal satu sahaja (bkn barang dagangan dll); ~ tahun a) akhir (hujung) tahun; b) awal tahun yg berikut; ~ teh = ~ or Kl bermati-matian atau bersungguh-sungguh (berusaha dll); ~ tempoh (masa, waktu) sudah berlalu jangka waktu yg ditetapkan (sudah tiba waktunya); ~ air setelaga arang dibasuh tak putih prb betapa pun diusahakan, perangai jahat susah hendak dihilangkan; ~ manis sepah dibuang prb setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dll; ~ umpan kerong-kerong tak dapat prb usaha yg sia-sia (menyebabkan kerugian); sehabis 1. sesudah, selepas, sebaik-baik habis: ~ ia berucap para hadirin pun bertepuk tangan; ~ berfikir ia menerima cadangan itu; 2. paling, sangat (kecil, kuat, dll) sekali: gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu; anaknya yg ~ kecil baru berumur dua bulan; menjangkau ~ tangan prb berusaha sedaya upaya; sehabis-habis 1. hingga tidak tinggal (ber­sisa) sedikit pun, kesemuanya: jikalau dikha­barkan dgn ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling, sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya; habis-habis 1. hingga habis kesemuanya (ke­se­luruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memper­hitung­kan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (se­be­sar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka me­maki-maki; memakan ~ me­nyorok hi­lang-­hilang prb merahsiakan se­suatu biar­lah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; habis-habisan, berhabis-habisan 1. hing­ga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn se­penuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan ber­juang ~ mempertahankan negara; nampak­nya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~; menghabisi 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; 3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh diri; menghabiskan 1. menggunakan (mema­kan, membelanjakan, dll) hingga habis, mem­buang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk mem­biayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan cerita­nya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda; terhabiskan; tiada (tidak) ~ tidak dapat dihabiskan: Hanuman pun makan nasi itu dgn berapa budi bicaranya hendak mengha­biskan nasi itu tiada ~; kehabisan mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, diguna­kan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, per­bincangan, dll); penghabisan 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terke­mudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut.Kamus Dewan Edisi Keempat
segala1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, se­genap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, se­kalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn se­kehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
menterjemahkan1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan;Kamus Dewan Edisi Keempat
terjemahmenterjemah membuat kerja-kerja terjemahan; menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan; terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara men­terjemah yg menunjukkan bahawa pen­terjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yg diter­jemah­kan; penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah.Kamus Dewan Edisi Keempat
melihat1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid;Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segalanya