Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Contoh ayat: (a) Apa-apa sahaja yang ditetapkan guru besar itu tidak boleh kita ubah. (b) Apa-apa sahaja yang ditentukan guru besar itu tidak boleh kita ubah. Merujuk kepada 2 ayat di atas, apakah perbezaan perkataan "ditetapkan" dan 'ditentukan' dari segi makna dan penekanaannya. Mana satukah sepatutnya menjadi padanan kepada perkataan 'ordain' dalam bahasa Inggeris? Terima Kasih.Dalam Kamus Dewan ditetapkan dan ditentukan sama maknanya, maka kedua-dua ayat tersebut betul. Perkataan ordain dalam bahasa Melayu bermaksud mentahbiskan atau dalam bentuk kata kerja pasif ialah ditahbiskan, atau maksud yang kedua ialah memerintahkan/diperintahkan.Tatabahasa03.04.2012
-Maksud laporan? -Ciri-ciri untuk menulis laporan? -Format laporan? -Jenis-jenis laporan? -Apa-apa sahaja lagi yang berkaitan dengan laporan -Diharap pihak DBP dapat membeikan kerjasama yg sewajarnya. -Terima kasih

Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan ini :

1.
Bahasa laporanAsmah Haji OmarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1997

2.
Panduan bahasa & Format Penulisan LaporanMaimunah Hj. OmarBiroteks, ITM1993
3.
 Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & LaporanSamsuddin WahabDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2005
4.
Bahasa laporan: laras atau kesalahan bahasa?Asiah IdrisPelita Bahasa01/10/1993
5.
Laras bahasa laporan mesyuaratSulaiman MasriDewan Masyarakat01/09/1996
6.
Pemantapan bahasa dalam penulisan laporanMohamad IbrahimPelita Bahasa01/11/2007
7.
Penulisan laporanSulaiman MasriDewan Masyarakat01/06/1996
Lain-lain08.05.2008
"Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan daripada/ dari gerai itu," kata ibu memberi amaran.Yang betul ialah "Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. Yang betul ialah perkataan dari.Ejaan01.11.2011
1 )saya mencari apa sahaja yang berkaitan dengan Jan Laurens Brandies iaitu seorang ahli ilmu perbandinagan bahasa. 2)Adakah terdapat jurnal berkaitan beliau atau buku dalam istilah bahasa melayuPertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci. Sila buat rujukan di  Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau  kunjungi Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut.Lain-lain17.07.2009
Assalamualaikum. Saya Nurul Hasima Zainal yang merupakan seorang pelajar di Kolej MARA Seremban. Saya ingin mengadakan kajian terhadap novel Diari Seorang Guru oleh S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21 cetakan 1997. Walaubagaimanapun saya tidak menemui apa-apa biodata mengenai penulisnya S. Hawa. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan biodata penulis ataupun alamat atau emel dan apa-apa sahaja yang membolehkan saya untuk menghubungi penulis. Terima Kasih.Salam. Soalan ini sama dengan soalan sebelumnya dan telah dijawab.Lain-lain15.08.2010
anyone can do anythingsesiapa boleh melakukan apa sahajaLain-lain14.05.2007
boleh berikan saya maklumat berkaitan topik " 1 Bahasa 1 Malaysia " @ " 1 Malaysia 1 Bahasa " ? apa sahaja yang berkaitan . termasuklah maklumat yang berdasarkan fakta sejarah . terima kasih .

Saudara,

Untuk menjawab pertanyaan ini, saudara perlu membuat rujukan makalah daripada perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain08.03.2010
saya hendak membuat ayat seperti berikut: SNEK BERSANTAI KEGEMARAN RAMAI. adakah boleh digunakan perkataan bersantai di dalam ayat tersebut dan betulkah penggunaan ayat bersantai didalam ayat tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersantai bermaksud berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, ber­senang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga. Oleh itu, ayat saudara untuk menggunakan frasa tersebut tidak betul kerana bersantai merujuk orang/manusia yang bersantai, bukan snek. Cadangan kami: Snek Kegemaran Ramai.Tatabahasa18.06.2010
Saya memerlukan maklumat yang terperinici mengenai wacana. Saya telah pergi ke arkib soalan DBP dan saya telah memperolehi gambaran secara kasar tentang wacana. Saya memerlukan keterangan yang lebih lanjut mengenai ciri-ciri keutuhan wacana, jenis-jenis wacana dan apa sahaja perkara yang berkaitan dengan wacana untuk dimuatkan ke dalam tugasan saya. Terima kasih.Wacana bermaksud keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,percakapan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1793. Sebagai pelajar saudara perlu berbincang dengan pensyarah dan membuat kajian dan penyelidikan dengan merujuk pelbagai buku bahasa yang terdapat di perpustakaan.Tatabahasa01.03.2008
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,