Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ALMANAK | Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan mengenai populasi, industri dan pengeluaran ladang. | UMUM | |
ANATOMI | Anatomi ialah kajian tentang struktur tumbuh- tumbuhan, haiwan, dan manusia. Istilah ini terbit daripada perkataan Yunani yang bermakna membedah, kerana pengetahuan anatomi buat pertama kali diperoleh melalui pembedahan. Badan manusia dan haiwan adalah sangat kompleks sehingga ahli sains membahagikan anatomi kepada banyak cabang. Anatomi kasar ialah kajian struktur haiwan yang boleh dilihat oleh mata kasar. Anatomi mikroskopik, atau histologi, ialah kajian tentang tisu di bawah mikroskop. Anatomi perbandingan membandingkan struktur haiwan yang berbeza-beza. Embriologi ialah kajian tentang perkembangan tumbuh-tumbuhan dan haiwan semasa peringkat terawalnya. | UMUM | |
DAY LILY | Day lily ialah sejenis tumbuhan lili yang mempunyai bunga yang cantik, biasanya berwarna kuning atau jingga, kembang antara matahari terbit hinggalah matahari terbenam. | UMUM | |
EJAAN RUMI FAJAR ASIA | EJAAN RUMI FAJAR ASIA, sistem ejaan yang digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada awal tahun 1940-an, semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.
| BAHASA | Bahasa |
SEKOLA MELAYU | SEKOLA MELAYU, akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura. Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu. Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura. | BAHASA | Kitab |
GAYA DEWAN | GAYA DEWAN, sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4 x 7 ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7 x 10 berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks. | BAHASA | Penerbitan |
FAJAR | Fajar ialah cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit. | FIZIK | Konsep |
KELLER, GOTTFRIED | Keller, Gottfried (18191890) ialah penulis Swizerland yang paling terkenal yang menulis di Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal dengan watak jenakanya dan sikap yang mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller menulis beberapa prosa yang pendek dikenali sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856, 1874). Novella ini termasuk cerita jenaka Clothes Make the Man dan kisah tragik Romeo dan Juliet in the Village. Siri-siri lain yang penting termasuk Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander (1886). Keller lahir di Zurich. | UMUM | |
TITAN | Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu, mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini hanyalah satu kekosongan yang dipanggil Chaos. Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi. Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala dewa. | UMUM | |
SOENTING MELAJOE | SOENTING MELAJOE, akhbar mingguan wanita pertama diterbitkan di Sumatera Barat, Indonesia. Akhbar ini mula terbit pada 10 Januari 1912 di Padang. Penerbit dan pencetaknya ialah Snelpersdrukkerij Orang Alam Minangkerbau. Pemilik percetakan ini ialah Mahyuddin gelar Datuk Sutan Maharaja, seorang yang cergas dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar di Sumatera Barat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| terbit (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,
2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,
3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,
4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,
5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,
| Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit, |
|
Puisi |
---|
|
Sebab bulan terbit pagi, Bunga pandan dalam cerana; Sebab intan datang ke mari, Nampak berlain dalam bunga.
Lihat selanjutnya... |
|