Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SYIRIK | Mempercayai dan menganggap sesuatu selain dari Allah S.w.t. sebagai sekutu-Nya. | AGAMA | Kepercayaan |
PERANG DINGIN | Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi memerihalkan persaingan hebat yang tercetus selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara kumpulan negara komunis dengan negara bukan komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur . Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak membawa kepada peperangan sebenar atau perang panas pada skala yang luas. | UMUM | |
MITHRIDATES VI | Mithridates VI (120 S.M.63 S.M.) ialah raja Pontus, sebuah kawasan yang kini di Turki. Baginda merupakan salah seorang musuh Rom kerana menentang peluasan kerajaan Rom ke Asia Kecil. Baginda terlibat dalam tiga peperangan menentang Rom. Apabila sekutu Rom di tengah dan selatan Itali memberontak pada tahun 90 S.M., Mithridates mengusir orang Rom dari Asia Kecil. Baginda mengarahkan setiap orang Rom di Asia Kecil dibunuh. Kira-kira 80 000 orang dibunuh. | UMUM | |
NUMIDIA | Numidia ialah kawasan di utara Afrika pada zaman purba. Ia meliputi sebahagian Algeria kini. Numidia bersekutu dengan Carthage yang berjiran dengannya apabila Perang Punic Kedua antara Carthage dengan Rom yang bermula pada tahun 218 S.M. Tetapi, Massinissa, ketua kaum Numidia , berpihak kepada jeneral Rom, Publius Cornelius Scipio. Sebagai balasan kerana menjadi sekutu Scipio, Massinissa diberi ganjaran wilayah dan menjadi raja bagi seluruh Numidia kira-kira pada tahun 200 S.M. Pada tahun berikutnya, orang Numidia membantu Scipio mengalahkan orang Carthage, yang diketuai oleh Hannibal, di Zama yang terletak di utara Afrika. | UMUM | |
MITHRA | Mithra ialah dewa bagi puak Arya yang tinggal di Parsi purba. Mithra yang juga dikenali sebagai Mithras, ialah tuhan yang sama seperti Mitra, dewa matahari yang wujud dalam kitab purba Hindu, Vedas. Menurut tradisi agama Zoroastrian, Mithra ialah dewa cahaya yang berkait rapat dengan matahari. Mithra dikatakan sekutu dewa Ahura Mazda. Di bawah pimpinan Ahura Mazda, Mithra dan dewa lain berperang melawan Angra Mainyu, dewa Zoroastrian yang jahat (lihat Zoroastrianisme). | UMUM | |
STANDARD OIL COMPANY | Standard Oil Company. Pada tahun 1859, Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian, John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil Company dari Ohio. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sekutu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan, Berantonim dengan individu
| Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan, |
|
|