Kata |
Takrif |
Sumber |
kombinasi | gabungan, cantuman, satuan: pd asasnya seni itu adalah hasil ~ teknik dan ilham; pelukis yg baik dapat menimbulkan ~ warna yg menarik; mengkombinasikan menggabungkan, menyatukan: jika dikombinasikan kesemua persoalan ini, kita akan menghadapi suatu masalah yg besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosmogoni | kajian astrofizik (kombinasi ilmu kimia dan fizik bintang) tentang evolusi alam semesta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaya | 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
effective | adj 1. having an effect, efficient, berkesan, efektif; (so as to be impressive) mengesankan: ~ measures to reduce inflation, langkah-langkah yg berkesan utk mengurangkan inflasi; the choice of colour combination was very ~, pilihan kombinasi warna sangat mengesankan; 2. (of medicine, remedy) mujarab, mustajab, manjur: an ~ ointment for eczema, salap ekzema yg mujarab; 3. operative, mula /berkuat kuasa, dikuatkuasakan/: the law is ~ from the first of January, undang-undang ini mula berkuat kuasa pd satu hari bulan Januari;4. actual, hakiki: the full strength of this battalion is 1,000, but the ~ strength is 800, kekuatan penuh batalion ini ialah 1,000, tetapi kekuatan hakikinya ialah 800; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
mixotrophic algae | alga miksotrofik | Sains Marin | Tiada | Kumpulan alga yang menggunakan kombinasi sumber tenaga dan sumber karbon yang berbeza dalam mensintesiskan makanannya. Alga miksotrofik merupakan perantaraan antara alga autotrafik dan alga heterotrofik. Kombinasi miksotrofik merupakan gabungan fototrof dengan kemotrof, dan litotrof dengan organotrof, autotrof dengan heterotrof atau kombinasi lain. Alga miksotrofik dapat hidup dalam keadaan bercahaya atau tanpa cahaya. |
codon | kodon | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kombinasi tiga nukleotida DNA atau RNA berurutan yang membentuk asid amino tertentu semasa sintesis protein. |
portpolio analysis | analisis portfolio | Ekonomi | Tiada | Analisis yang menentukan kombinasi aset kewangan yang cekap dan memberikan jangkaan pulangan yang maksimum kepada pelabur, di samping memenuhi keperluan kecairan pelabur tersebut. Andaian utama analisis ini ialah pelabur akan mengutamakan portfolio yang dijangka memberi kadar pulangan yang maksimum apabila berhadapan dengan satu tingkat risiko tertentu. |
general motion | gerakan umum | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang terhasil daripada kombinasi gerakan linear dan gerakan bersudut. Contohnya, semasa aktiviti berbasikal, aksi kayuhan melibatkan gerakan bersudut, manakala gerakan keseluruhan jasad (individu dan basikal) merupakan gerakan linear. Kebanyakan pergerakan dalam sukan melibatkan gerakan umum. |
hybridization | pengacukan | Kesusasteraan | Tiada | Adunan dua suara dalam suara pertuturan (atau sesuatu ayat) yang melibatkan kombinasi suara narator dengan suara watak. Adunan biasanya ditemui dalam karya naratif. Adunan ini dilakukan tanpa memperlihatkan secara jelas suara-suara yang terlibat. Contoh, hidup mati susah senang di tangan Tuhan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Kadangkala pengacukan ini digunakan bagi menimbulkan kesan ironi untuk mengkritik masyarakat. Penggunaan pengacukan turut diketengahkan oleh Bakhtin (1930) dalam kajian beliau mengenai jenis-jenis heteroglossia. Lihat juga ironi. |
protein coding gene | gen pengekodan protein | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gen yang mengekodkan protein, terdiri daripada kombinasi tiga jujukan bes asid nukleik (bes Adenina, bes Sitosina, bes Guanina, bes Timina), yang dikenali sebagai kodon. |
password exhaustion attack | serangan kepupusan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang dilakukan untuk meneka semua kombinasi perkataan atau huruf yang digunakan sebagai kata laluan. Fail yang mengandungi kata laluan tersulit yang biasanya disalin dari tempat asal dan serangan dilakukan di luar talian dengan menggunakan perkakasan berkuasa tinggi. Serangan ini tergolong dalam jenis serangan hentam kromo. |
non protein coding gen | gen pengekodan bukan protein | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gen yang mengekodkan RNA, terdiri daripada kombinasi tiga jujukan bes asid nukleik (bes Adenina, bes Sitosina, bes Guanina, bes Urasil) yang dikenali sebagai kodon. |
diallel | dialel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kehadiran dua alel pada satu lokus kromosom. Kacukan induk dialel akan menghasilkan semua kemungkinan kombinasi hibrid. |
combined loading | pembebanan gabungan | Sains Sukan | Biomekanik | Gabungan tindakan daya yang menghasilkan mampatan paksi, tegangan paksi, pembengkokan, kilasan atau mana-mana kombinasi daya ini terhadap sesuatu jasad. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kombinasi | gabung [gabo] | Melanau Dalat | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
madayut MBr | tarian tradisonal suku kaum Brunei. | Perkataan Madayut bermakna menyanyi sambil menari, dan dengan demikian dapatlah disimpulkan bahawa Madayut bermakna menari dengan iringan nyanyian, atau kombinasi di antara lagu dan tari, di mana rentak tariannya seakan-akan rentak pencak silat. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb ini mungkin juga mengakibatkan ketoksikan atau kanser pada hati. (BIO, TEKMA, UBAT) aerometer aflatoxin Kamus Sains.indb 27 7/8/08 11:45:54 AM 28 A-frame (kerangka A) Kombinasi binaan sendeng tiang dan rasuk yang mendatar berbentuk A. (KEJ) after flow (aliran lanjur) Aliran cecair yang masih tetap wujud kerana pengaruh kelikatan, walaupun tiada tindakan daya dari luar. Aliran quantum physics, quantum theory (2). (FIZ) quantum physics (fizik kuantum) Lihat quantum mechanics. (FIZ) quantum speciation (penspesiesan kuantum) Pembentukan spesies baru dalam jangka masa satu atau beberapa generasi me- lalui kombinasi pemilihan dan hanyutan. (BIO) quantum state (keadaan kuantum) Keadaan suatu zarah yang dihuraikan oleh suatu fungsi gelombang yang merupakan fungsi eigen bagi pengoperasi mekanik kuantum. Nilai eigen ialah nombor kuantum
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd access) Mekanisma keselamatan yang menyediakan perlindungan bagi suatu sistem komputer daripada capaian oleh pengguna yang tidak sah. Mekanisma ini berbentuk ciri perisian atau perkakasan, tatacara pengendalian, tatacara pengurusan, dan juga kombinasi beberapa prosedur. Contohnya, senarai kawalan capaian (ACL) dan tiket. mel rahsia terperingkat (PEM) (Ig. privacy enhanced mail (PEM); Br. mel dipertingkat persendirian (PEM); Id. surat dipertingkat privasi (PEM)) Piawaian untuk mendapatkan maklumat rahsia seperti kata laluan atau kekunci penyulitan. Contohnya, untuk mendapatkan kata laluan, penyerang akan mencuba setiap aksara alfanumerik. Manakala, untuk mendapatkan kekunci penyulitan, penyerang akan mencuba setiap kemungkinan kombinasi bit. Serangan ini lambat-laun pasti mendatangkan kejayaan kerana penyerang telah mencuba semua kemungkinan, tetapi akan mengambil masa yang lama. Serangan ini memerlukan perkakasan khusus yang berkuasa tinggi untuk mempercepat
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kombinasi | [kom.bi.na.si] | کومبيناسي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kombinasi |
|
|