Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERANG HUNAYN-HAWAZIN | Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10 Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai pembukaan atau penaklukan Makkah al- Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan kabilah Thaqif di daerah Taif. | UMUM | |
PERTEMPURAN BRITAIN | Pertempuran Britain merupakan pertempuran udara yang muktamad semasa Perang Dunia II (19391945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa udara semata-mata. Mereka percaya bahawa serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force [RAF]). | UMUM | |
SEMENANJUNG BATAAN | Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya mengundurkan askar- askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit- bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus daripada sebarang bantuan. | UMUM | |
SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN | SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN ( ? -1841), Sultan Riau-Lingga yang kedua (1832-1841). Sultan Muhammad Syah juga dikenal sebagai Tengku Besar. Baginda ditabal sebagai Sultan Riau-Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abdul Rahman, pada 9 Ogos 1832. Sebaik sahaja ditabalkan sebagai sultan, baginda telah melantik Raja Abdul Rahman, cucu kepada Raja Haji dari Riau, sebagai Yang Dipertuan Muda Bugis, menggantikan bapanya Raja Jaafar. Sultan Muhammad Syah telah mengarahkan Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman menyerang Inuk, jajahan Johor yang berada di bawah pemerintahan Raja Merkung dan Raja Markasan. Kedua-duanya adalah ketua lanun yang dikatakan merompak, melanun dan sering mengganggu perdagangan di kawasan tersebut. Raja Merkung dapat dikalahkan dan dihukum pancung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZAINAL ABIDIN SAFARWAN | ZAINAL ABIDIN SAFARWAN (1932- ), ahli perkamusan. Dia lahir pada 27 Jun 1932 di Singapura. Dia bersekolah Melayu dan memasuki Special Malay Class di Victoria School Singapura hingga tamat Sijil Persekolahan pada tahun 1952. Zainal Abdidin mula bekerja dengan majalah Bulanan Malaya Di Singapura sebaik sahaja tamat persekolahan. Apabila majalah itu ditutup pada tahun 1965 dia berpindah ke majalah Radio Weekly. Pada tahun 1968, dia berpindah pula ke Berita Harian di Kuala Lumpur, sehinggalah dia bersara pada tahun 1987. | BAHASA | Tokoh |
ORLANDO, VITTORIO EMANUELE | Orlando, Vittorio Emanuele (18601952), berkhidmat sebagai perdana menteri Itali dari tahun 1917 hingga tahun 1919. Dia memegang jawatan sebaik-baik sahaja selepas tentera Itali mengalami kekalahan teruk dalam Perang Dunia I. Dia berusaha untuk menaikkan semangat orang awam dan tentera yang berdisiplin membantu Itali dalam perang, bersama-sama tentera Berikat, sehinggalah pihak Berikat mencapai kemenangan pada tahun 1918. Selepas perang, dia mengetuai delegasi Itali ke Persidangan Keamanan Paris pada tahun 1919. Dia meninggalkan persidangan itu buat sementara waktu kerana memprotes pihak Berikat yang tidak memenuhi tuntutan Itali terhadap bekas wilayah Austria. Penentangnya dalam Parlimen kemudian memaksa dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. | UMUM | |
NAZARBAYEV, NURSULTAN | Nazarbayev, Nursultan (1940 ) ialah presiden Kazakhstan yang dilantik pada bulan Disember 1991. Kazakhstan yang sebelumnya merupakan republik dalam Kesatuan Soviet, mengisytiharkan kemerdekaan sebaik-baik sahaja selepas pilihan raya. | UMUM | |
MEMORI | Memori ialah kebolehan untuk mengingat sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah dialami. Memori merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak mengingati langsung tentang masa lampau, maka kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami pengalaman yang sama berulang kali untuk pertama kalinya. Kita juga akan kehilangan nikmat yang diberikan oleh memori kepada kehidupan nikmat kenangan yang indah di samping kenangan yang menyedihkan. | UMUM | |
PERSATUAN MELAYU PAHANG | PERSATUAN MELAYU PAHANG, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Mac 1938 di Kuala Lipis, Pahang. Ia ditubuhkan sebaik-baik sahaja, berita penubuhan Persatuan Melayu Perak diumumkan di akhbar. Para pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai tadbir negeri. Presidennya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Manakala naib presidennya ialah Dato Husin bin Muhammad Taib, Orang Besar Empat Pahang. Penaung persatuan ini ialah Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
OCEANUS | Oceanus, dalam mitologi Yunani, merupakan sungai yang dipercayai melingkari dunia. Oceanus juga ialah nama dewa pada zaman purba yang dihubungkaitkan dengan sungai ini. Dewa Oceanus adalah daripada golongan Titan, salah satu keluarga manusia yang lahir untuk Uranus (dewa langit) dan Ge, atau Gaea (dewi bumi) sebaik- baik sahaja dunia tercipta. Oceanus ialah suami Tethys, yang juga daripada golongan Titan dan dewi laut. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sahaja (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,
2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa, Berantonim dengan jarang-jarang
3. Bersinonim dengan juga: jua
4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,
5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,
| Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan, |
|
|