Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SIMBOL | Simbol ialah apa-apa sahaja yang menyampaikan satu fakta atau idea atau yang melambangkan sesuatu objek. Sesetengah simbol, seperti bendera dan tanda berhenti, adalah simbol visual. Unsur lain, termasuk muzik dan perkataan yang dituturkan yang melibatkan bunyi. Simbol menduduki antara ciptaan kata tertua dan yang paling asas. | UMUM | |
MU'AMALAT | Muamalat ialah apa sahaja yang berlaku di kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu barangan seperti pakaian, rumah dan tanah kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya dalam suatu tempoh masa tertentu dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis dengannya mengikut kadar penambahan tertentu. Ia termasuk dalam jual beli yang haram. Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah. | UMUM | |
MOTIVASI | Motivasi lazimnya merujuk kepada apa sahaja yang menyebabkan seseorang itu bertindak atau berperilaku sebagaimana yang dilakukan pada sesuatu masa. Ramai orang mempunyai perasaan yang jelas terhadap bagaimanakah rasanya jika mereka dimotivasikan untuk melakukan sesuatu. Namun, ahli sains mendapati bahawa adalah amat susah hendak mendefinisikan motivasi. Apabila mengkaji motivasi, ramai di antara ahli psikologi dan ahli sains perilaku memfokus kepada dua aspek khusus perilaku yang dimotivasikan iaitu pembangkitan perilaku dan arah tujuan perilaku itu. | UMUM | |
WRIGHT, FRANK LLYOD | Arkitek Amerika terunggul yang dianggap sebagi ikon bukan sahaja oleh pengkritiknya, tetapi juga budaya popular. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
OLIGARKI | Oligarki adalah sebarang jenis kerajaan yang kuasanya dipegang oleh beberapa orang sahaja. Oligarki boleh didapati dalam beberapa bentuk. Sesebuah republik mungkin merupakan oligarki jika hanya segelintir orang yang mempunyai hak mengundi. Sesebuah aristokrasi, yang pemerintahnya datang daripada anggota komuniti yang terbaik, juga merupakan satu bentuk oligarki (lihat Aristokrasi). Dalam kebanyakan oligarki, kumpulan yang memerintah mempunyai kuasa melalui kekayaan atau kuasa tentera. | UMUM | |
ENTAIL | Entail merupakan harta yang diwarisi secara turun-temurun oleh waris tertentu sahaja, dan bukannya oleh semua waris. | UMUM | |
PERANG HUNAYN-HAWAZIN | Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10 Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai pembukaan atau penaklukan Makkah al- Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan kabilah Thaqif di daerah Taif. | UMUM | |
AUTORITARIANISME | Autoritarianisme ialah sebarang bentuk kerajaan yang secara relatif hanya diperintah oleh beberapa orang sahaja, dan penduduk berperanan kecil dalam membuat keputusan. Negara autoritarian boleh menyekat, mengehadkan dengan kekerasan atau memanipulasi pilihan raya untuk disesuaikan dengan kehendak pihak berkuasa. Mereka boleh mengehadkan kuasa perundangan yang mewakili orang ramai, seperti parlimen atau kongres, dan mengehadkan kebebasan individu. | UMUM | |
SOLITAIRE | Solitaire ialah sejenis permainan papan yang berasal dari Perancis. Ia dimainkan oleh seorang pemain sahaja dengan menggunakan pasak atau guli sebagai buah dan sebuah papan kayu khas yang mempunyai lubang atau rongga. | UMUM | |
DEATH VALLEY | Death Valley terletak khususnya di timur California tengah, Amerika Syarikat. Sebahagian kecilnya sahaja berada dalam Nevada. Pada tahun 1849, sekumpulan peneroka memberi nama kepada kawasan lembah ini selepas mereka melintasi kawasan lengang dan gersang. Pada tahun 1933, Death Valley menjadi sebahagian daripada Death Valley National Monument. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sahaja (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,
2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa, Berantonim dengan jarang-jarang
3. Bersinonim dengan juga: jua
4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,
5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,
| Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan, |
|
Puisi |
---|
|
Pinang muda sedang dicacak, Cacak sahaja di dalam cawan; Orang muda sedang berkacak, Kacak sahaja belum melawan.
Lihat selanjutnya... |
|