Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAGNITUD | Magnitud ialah skala yang digunakan oleh ahli astronomi untuk mengukur kecerahan objek yang bercahaya di angkasa. Lebih cerah sesuatu bintang atau planet, maka lebih rendah nombor magnitudnya. Sistem magnitud adalah berasaskan usaha yang dilakukan oleh ahli astronomi Yunani purba, Hipparchus. Kira-kira pada tahun 125 S.M., Hipparchus mengelaskan bintang mengikut kecerahan. Dia menamakan bintang yang paling cerah sebagai bintang magnitud pertama, bintang yang kedua cerah sebagai bintang magnitud kedua dan seterusnya sehinggalah kepada bintang yang paling pudar. Bintang yang paling pudar digelar sebagai bintang magnitud keenam. | UMUM | |
NIKEL | Nikel ialah unsur kimia logam berwarna putih yang digunakan dalam aloi. Nombor atomnya ialah 28 dan berat atomnya ialah 58.69. Simbol kimia Ni. Nikel adalah bermagnet, sangat berkilat dan tidak mudah pudar. | UMUM | |
NOVA | Nova merupakan letupan yang menyebabkan sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah itu selama sebulan atau lebih lama sebelum beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud baru. Manusia pernah tersalah tanggap kerana menyangka nova sebagai bintang baru. | UMUM | |
BURUNG BUSUT | Burung busut yang dikenali juga sebagai megapod ialah nama berpuluh-puluh spesies burung buruan yang terdapat dari Pulau Nicobar di Lautan Hindi hingga ke bahagian timur Filipina dan Australia. Bulunya berwarna pudar dan besarnya seperti ayam. | UMUM | |
TAMIL NADU | Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India. Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri Dravidia di India dan mempunyai sejarah kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada 2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India , Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar. Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil. Ibu negerinya ialah Madras. | UMUM | |
PERAK NIKEL | Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink. Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia adalah logam berwarna kekuningan yang lebih keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam, tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya pudar setelah digunakan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pudar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak terang: tidak cerah, kurang cahaya, kurang jernih, kurang jelas, tidak berseri, tidak bersinar,
tidak berkilat, suram, muram, malap, kabur, buram, kusam, pucat, kuyu, ruyup, luntur, balam, kelam,
samar-samar, lasam,
2. Bersinonim dengan kendur: reda, padam, menurut, meleset, lasam, merosot,
| Kata Terbitan : memudarkan, kepudaran, |
|
|