Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENDETA BAHASA | PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut. Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu. Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba). Zaba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956. Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman. | BAHASA | Konsep |
ARIUS | Arius (256?336 M.) ialah pendeta di Iskandariah, Mesir yang mengasaskan pandangan teologi Kristian awal yang dikenali sebagai Arianisme . Pada tahun 318 M., Arius mencabar doktrin bahawa ketiga-tiga orang dalam Triniti KristianBapa, Anak dan Roh Kudus adalah sama. Arius mengajar bahawa Tuhan sebagai Bapa adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Tuhan sebagai Anak iaitu Jesus Christ, dan kedua-duanya lebih tinggi daripada Roh Kudus. | UMUM | |
ZA'BA | tokoh bahasa Melayu yang digelar Pendeta. | BAHASA | Tokoh |
SOCRATES | Socrates (469? S.M.399 S.M.) ialah ahli falsafah dan pendeta Yunani. Kehidupannya yang mulia dan kematiannya yang berani, bersama dengan ajarannya, menjadikannya antara tokoh yang paling dihormati dalam sejarah. | UMUM | |
SETANGGI | Setanggi ialah resin gam yang wangi yang didapati daripada pokok tertentu yang tumbuh di Afrika dan Asia. Ia juga dikenali sebagai olibanum . Pada zaman dahulu, setanggi dibakar sebagai dupa dalam upacara keagamaan. Kitab Bible menyatakan bahawa seorang daripada pendeta telah menghadiahkan setanggi kepada Jesus (Matt. 2). | UMUM | |
SALMAN AL-FARISIY | Salman al-Farisiy ( ? 36 H./ ? 656 M.) ialah salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke Syam, al-Mosul, Nasibyan dan Umuriah untuk mencari pegangan yang boleh menenangkan jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan banyak membaca buku karangan orang-orang Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab. Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa dengan serombongan penyamun Bani Kalb. Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah dan dipaksa bekerja di ladang. | UMUM | |
NAGARAKARTAGAMA | NAGARAKARTAGAMA, karya klasik kerajaan Majapahit berbentuk puisi (kekawin) hasil tulisan prapanca, pendeta keraton kerajaan tersebut. Karya ini selesai diusahakan pada tahun 1365. Nagarakartagama merakamkan ketokohan serta keagungan pemerintahan Hayam Wuruk atau Rasanagara (m.m. 1350-1389). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
SEPUTEH | SEPUTEH, petempatan lama pada abad ke-5 M. yang terletak di daerah Lampung, selatan Sumatera, Indonesia. Daripada catatan Fa-Hsien, pendeta Buddha, nama Seputeh ialah Yeh-Po-Ti. G.E. Gerini berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti terletak di pantai timur Sumatera, tetapi lokasinya tidak dijelaskan. Penulis dan beberapa sarjana lainnya berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti adalah transliterasi daripada nama Seputeh, daerah sekitar Sungai Seputeh, pantai timur Lampung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MALAYU | MALAYU, kerajaan tua yang pernah wujud di pesisir Sumatera Timur sekitar abad ke-7 M. Dalam catatan I-Tsing, pendeta Buddha China, Malayu dikenal sebagai Mo-lo-yo. Sejarah Baru Dinasti Tang mencatatkan bahawa kerajaan Malayu pernah menghantar perwakilan ke istana Dinasti Tang pada sekitar tahun 645 M. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
TIKAMAN BAHASA | TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. | BAHASA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| pendeta (kata nama) | 1. Bersinonim dengan pujangga: ilmuwan, ilmiawan, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, mahaguru, profesor,
pakar, ahli, bijak pandai,
2. Bersinonim dengan ulama: sami, paderi, paus, biarawan, biarawati, boksu, maharesi,
3. Bersinonim dengan pertapa: wiku, biku, biksu, biksumi.,
|
|
|