Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Istilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
kias IAr 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. per­bandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. mem­perbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. mem­buat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) me­ngenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perum­pamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau con­toh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jumhur ulamakebanyakan ulama.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulamaorang yg ahli dlm hal atau dlm pengetahuan agama Islam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulamaorang yg ahli dlm hal atau dlm pengetahuan agama Islam.Kamus Pelajar
ijmakAr 1. sumber ketiga dlm perundangan Islam selepas al-Quran dan hadis: kadi-kadi menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan kias; 2. = ~ ulama kesepakatan pendapat para ulama yg berijtihad mengenai sesuatu hukum; mengijmakkan mencapai kesepakatan pendapat mengenai sesuatu hukum melalui ijtihad: Majlis Fatwa Kebangsaan telah ~ hukum bayi tabung uji bagi kepentingan umat Islam di Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
ijmak ulamakesepakatan pendapat para ulama yg berijtihad mengenai sesuatu hukum;Kamus Dewan Edisi Keempat
ijtimakAr perhimpunan: dlm ~ ulama itu, dikemukakan usul supaya suatu lembaga ulama diadakan utk menasihati pemerintah berhubung dgn masalah agama.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulamaorang yg ahli (pakar) dlm pengetahuan agama Islam: Imam Abu Hanafiah ialah seorang ~ Islam yg terkenal; mengulamakan menjadikan seseorang (golong-an) ulama: ~ intelektual; ® alim I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kiaiJw 1. gelaran bagi alim ulama Islam; 2. orang yg berpengetahuan tinggi dlm hal-hal agama Islam, alim ulama; 3. gelaran bagi guru ilmu ghaib (tasawuf): ~ Salleh dikatakan boleh menjadikan orang kebal; 4. ketua atau pegawai daerah (di selatan Kalimantan); 5. panggilan bagi sesuatu (benda, senjata, dll) yg bertuah; ~ Tunggulwulung panggilan bagi bendera pusaka di istana Jogjakarta.Kamus Dewan Edisi Keempat
peka(péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
ulama (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan jamhur, malim, cerdik pandai agama, ahli agama, tuk guru, ustaz,

2. Bersinonim dengan pendeta: pedanda, rohaniwan.,