Kata |
Takrif |
Sumber |
ustaz | 1 guru agama (lelaki). 2 tuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ustaz | Ar 1. tuan; 2. guru agama (lelaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ustaz | 2 tuan. | Kamus Pelajar |
ustaz | 1 guru agama (lelaki). | Kamus Pelajar |
mengibaratkan | 1 membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2 menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperjodohkan | mengahwinkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjodohkan | , memperjodohkan mengahwinkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengibaratkan | 1. membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2. menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. | Kamus Pelajar |
berimamkan | 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertawakal | berserah kpd Tuhan setelah berikhtiar, tawakal: manusia hanya perlu ber-usaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
translation | terjemahan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pemindahan daripada bahasa yang digunakan dalam teks (bahasa sumber) ke dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Terjemahan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan tiga prinsip umum yang berlainan seperti yang berikut: (a) Terjemahan perlu merujuk teks asal dari segi bentuk, prosodi, dan leksikon. (b) Nilai sastera tidak sepenting isinya, dan nilai ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya, (c) Kesan kesusasteraan teks dalam karya terjemahan dianggap penting. Oleh itu, bentuk, prosodi dan leksikon boleh diubahsuai mengikut budaya dan kesesuaian bahasa sasaran. Melalui ketiga-tiga prinsip tersebut, terjemahan boleh dihasilkan secara literal, longgar, atau diadaptasikan. Terjemahan literal melibatkan pemindahan bahasa pada tahap perkataan tanpa menghiraukan perbezaan sistem ungkapan dan imejan antara sumber dengan bahasa sasaran. Terjemahan longgar pula mengekalkan nada, semangat dan kesan penulisan sesebuah teks, kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan atau mengkrompromikan kesetiaan terhadap teks asal. Terjemahan yang diadaptasikan merupakan terjemahan paling longgar kerana melibatkan penulisan semula yang mengekalkan ciri karya asal secara umum dan meluas. Contoh karya terjemahan ialah novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan yang diterjemahkan ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev berjudul Bili i Ne bili Ostorovov Oghonshoto, novel Ustaz karya S. Othman Kelantan di terjemahkan ke bahasa Arab oleh Sultan Ahmad dan Mujahid Mustafa Bahjat berjudul al-Ustadh. Contoh dalam sastera Arab ialah novel Shikaju oleh Ala al-Aswani diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Farouk Abdel Wahab berjudul Chicago, manakala contoh karya Turki ialah novel Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Atta Verin berjudul Namaku Merah Kirmizi dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Erdag M. Goknar berjudul My Name is Red. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ustaz | [us.taz] | استاذ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ustaz |
|
|