Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NANAH | Nanah ialah cecair putih kuning yang dikeluarkan oleh badan semasa berlaku jangkitan. Ia mempunyai limfa dan sel darah putih. Pada masa dahulu, doktor bercakap tentang nanah laudable, yang dikatakan menunjukkan keadaan luka yang memuaskan. Kini mereka tidak percaya bahawa nanah adalah landable. Bagaimanapun, doktor mengakui pembentukan nanah sebagai satu cara badan boleh melawan jangkitan. Lihat juga Abses. | UMUM | |
API | Api . Kegunaan terawal api bagi manusia adalah untuk memanaskan badan. Apabila peradaban semakin maju, manusia belajar menggunakan api dengan banyak cara lain. Manusia belajar menggunakan api untuk memasak makanan, membentuk senjata dan perkakas, untuk membuat tembikar daripada tanah liat, dan untuk lampu. Tetapi manusia awal mempunyai cara yang terlalu perlahan dan agak tidak memuaskan untuk menyalakan api. | UMUM | |
PLAT BUKU | Plat buku ialah label yang dicetak atau diukir dan dilekatkan pada buku sebagai tanda pemilikan. Ia biasanya dibuat dengan kertas, tetapi kadang- kadang velum (kulit haiwan yang disamak dan berkualiti tinggi), kulit dan bahan lain digunakan. Plat buku yang paling baik diukir melalui proses mekanis. Label yang sederhana dicetak nama pemilik dan alamat yang menjadikan plat buku lebih memuaskan, dan tidak mahal. | UMUM | |
GAWAI BATU | GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan. | BUDAYA | Adat |
TAIPING | TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British. Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota. Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan. Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883. bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan. Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| puas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira,
marem,
2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,
| Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan, |
|
|