Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TAY | Tay ialah sungai yang terpanjang di Scotland yang mengalir sejauh 190 kilometer dari puncanya ke Laut Utara. Sungai ini berpunca sebagai Sungai Cononish di Ben Lui di Scotland Tengah dan mengalir melalui Strath Fillan. Kemudian sungai ini mengalir terus sebagai Sungai Dochart di celah gunung-ganang dan mengalir masuk ke Tasik Tay. Di sini sungai ini menjadi Sungai Tay dan mengalir berliku-liku melalui Aberfeldy, Dunkeld, dan Perth lalu masuk ke Teluk Tay. | UMUM | |
DEE | Dee ialah nama lima batang sungai di Britain atau di Ireland. Sungai yang paling terkenal berpunca dari Tasik Bala, Gwynedd, Wales, mengalir melalui Clwyd dan kemudiannya membentuk sebahagian sempadan Wales dengan England. Sungai ini terus mengalir melalui Cheshire sebelum mengalir masuk ke Laut Irish. Panjang sungai ini lebih kurang 110 kilometer. | UMUM | |
SUNGAI DNESTR | Sungai Dnestr, dieja Nistru dalam bahasa Moldova dan dieja Dnister dalam bahasa Ukraine, bermula di Pergunungan Carpathian di barat Ukraine. Sungai ini mengalir ke tenggara sepanjang 1360 kilometer. Ia melalui barat Ukraine dan kemudian mengalir ke Moldova. Ia terus mengalir melalui timur Moldova dan kemudian ke selatan Ukraine dan masuk ke Laut Hitam. Kapal belayar di sepanjang Sungai Dnestr antara Laut Hitam dan Khotin, bandar di barat Ukraine. | UMUM | |
SUNGAI PARANÁ | Sungai Paraná ialah sungai kedua terpanjang di Amerika Selatan selepas Sungai Amazon. Panjangnya kira-kira 4000 kilometer. Sungai Paraná berpunca di selatan Brazil, iaitu pertemuan Sungai Rio Grande dan Sungai Paranaiba. Dari sini, Sungai Paraná mengalir ke selatan melalui Brazil dan sepanjang sempadan di antara Brazil dengan Paraguay. Kemudian sungai ini menjadi sempadan di antara Paraguay dengan Argentina dan mengalir melalui Argentina. Sungai ini masuk ke Lautan Atlantik melalui muara yang dikenali sebagai Sungai Plata (Rio de la Plata). Kapal boleh mudik melalui muara itu dan terus sampai ke Paraná sejauh Rosario, Argentina, iaitu 640 kilometer dari Lautan Atlantik. Sungai Paraguay ialah cabang utama Sungai Paraná. Lihat juga Rio de la Plata; Sungai Paraguay. | UMUM | |
STYX | Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon, seorang pendayung sampan, sering kali diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan menghabiskan masa selama sembilan tahun di Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib. Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus masuk ke Alam Ghaib. Lihat juga Charon; Hades; Tartarus. | UMUM | |
UNGKU OMAR UNGKU AHMAD, DATO' | UNGKU OMAR UNGKU AHMAD, Dato (1931-1969), ahli sains. Dia lahir pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru, Johor. Dia merupakan anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak, di samping pendidikan sekolah agama hingga Darjah Enam. Ungku Omar kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya Singapura dan lulus ijazah MBBS pada tahun 1957. Di Universiti Malaya, dia terus diterima masuk ke Tahun Kedua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| masuk (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam Berantonim dengan keluar
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,
4. Bersinonim dengan menganut: memeluk
5. Dalam konteks peperiksaan bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,
6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,
| Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan, |
|
|