Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
IKONOKLAS | Ikonoklas bermaksud seseorang yang menentang kepercayaan yang telah lama kukuh. Perkataan ikonoklas berasal daripada dua perkataan Yunani, eikon atau imej dan klastes, atau pemecah. | UMUM | Umum |
ROUAULT, GEORGES | Rouault, Georges (18711958) ialah pelukis Perancis. Dia seorang yang kuat beragama dan memegang prinsip moral yang kukuh, dan hasil karyanya menunjukkan kebenciannya terhadap sikap kepura-puraan, kemiskinan, dosa, dan peperangan. | UMUM | |
LEWIS, JOHN AARON | Lewis, John Aaron (19202001) ialah pemain piano dan penggubah Amerika. Pada tahun 1952, dia menubuhkan Modern Jazz Quartert, kombo yang paling kukuh dalam sejarah muzik jaz. Dia masih lagi berkhidmat sebagai pemain piano dan pengarah muzik. Lewis mempelopori perkembangan muzik aliran ketiga, iaitu gabungan muzik jaz dan klasik. Dia menggubah muzik untuk kumpulan jaz, orkestra besar, filem dan pertunjukan pentas. | UMUM | |
TERGELIAT | Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul . Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat daripada berlakunya renggutan mengejut yang akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat di mana-mana sendi sahaja. | UMUM | |
PLASTIK | Plastik ialah bahan buatan manusia yang boleh dibentuk dalam pelbagai rupa. Plastik adalah salah satu bahan paling berguna yang pernah dicipta. Rumah, sekolah dan sektor perniagaan menggunakan banyak barangan plastik. Jurutera telah mencipta plastik yang kukuh seperti keluli atau yang lembut seperti kapas. Mereka boleh membuat plastik yang berwarna seperti warna pelangi atau yang jernih dan tidak berwarna seperti kristal. Plastik boleh menjadi bentuk yang tegar atau bergetah dan boleh dibentuk menjadi pelbagai objek dari bamper kereta hingga kepada botol dan kain yang lembut. Barangan plastik, terutama yang digunakan oleh sektor perindustrian, biasanya boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. | UMUM | |
MIKA | Mika ialah nama sekumpulan mineral yang mengandungi atom aluminium, oksigen dan silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper. Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia membelah dengan licin kepingan atau lapisan menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh, mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau ungu. | UMUM | |
MUSLIN | Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat. Orang British menamakan fakrik kapas halus sebagai muslin. Di Amerika Syarikat, muslin bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain muslin yang lebar dinamakan sebagai kain cadar. | UMUM | |
BIEDERMEIER | Biedermeier ialah gaya reka bentuk yang dibuat di negara-negara Eropah yang bertutur bahasa Jerman pada awal tahun 1800-an. Nama ini berasal daripada watak lucu dalam kesusasteraan Jerman yang popular pada tahun 1830-an. Papa Biedermeier melambangkan kehidupan berkeluarga, nilai-nilai konservatif, dan kehidupan yang kukuh lagi selesa. Istilah Biedermeier digunakan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, dan seni hiasan. Kini, ia dikaitkan khusus dengan perabot rumah Jerman yang selesa, yang dihasilkan pada tahun 1820 dan 1850. | UMUM | |
SURAH AL-DHARIYAT | Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Quran dan mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al- Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda. Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan. | UMUM | |
TEMBOK HADRIAN | Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom, Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot. Sebahagian tembok dibina menggunakan batu dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali sebagai milecastle (kastil sebatu) , dibina selang sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini. Vallum ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini. Lihat juga Tembok Rom. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kukuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah
roboh,
2. Dalam konteks pendirian bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,
3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,
4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,
5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,
| Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Kusangka kapal di tengah laut, Rupanya terlanggar karang yang ganas; Kusangka kukuh embun di rumput, Rupanya hilang ditimpa panas.
Lihat selanjutnya... |
|