Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OAK | Oak adalah sebarang varieti pokok atau pokok renek besar yang mengeluarkan buah oak. Terdapat lebih daripada 600 spesies pokok oak. Hampir kesemuanya tumbuh secara semula jadi di Hemisfera Utara sahaja. Kebanyakan pokok ini tumbuh terutama di Australia dikenali sebagai oak tetapi tiada kena-mengena dengan famili oak. | UMUM | |
RASUK | RASUK, satu keuzuran mental dan fizikal yang dipercayai berpunca daripada gangguan kuasa luar biasa seperti hantu, polong, pelesit, hantu raya dan jembalang. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu yang kuasa ghaib boleh meresapi badan manusia dan fikiran. Seseorang yang kena rasuk atau kerasukan akan ketakutan dan terpekik-pekik meminta pertolongan. Rasuk boleh berlaku secara tiba-tiba. Hanya orang yang lemah semangat sahaja dapat dirasuk. | BUDAYA | Konsep |
AYAT PASIF | Ayat pasif ialah ayat yang subjeknya dikenakan perbuatan. Misalnya, dalam ayat Bola itu ditendang oleh Amin, subjek Bola itu dikenakan perbuatan ditendang. Menurut Zaba, ayat pasif dinamakan ayat bangun kena buat. | BAHASA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| kena (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,
2. Dalam konteks sasaran bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,
3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang
4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,
5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,
6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,
7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,
| Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena, |
|
Puisi |
---|
|
Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung.
Lihat selanjutnya... |
|